Saturday, 31 March 2012

Abdullah DeLancey Hampir-Hampir Menjadi Paderi

Abdullah DeLancey


Kerana mempunyai sifat terlalu ingin mendalami ilmu agamanya sendiri, hajat seorang pembantu paderi Kristian untuk menjadi seorang paderi terbantut dan tidak kesampaian. 

Sebaliknya, sifat tersebut memaksa beliau mencari agama lain sebagai pengganti agama asalnya (kristian). Selepas itu beliau menemui cahaya Islam yang dipilih sebagai agama untuk dianuti oleh beliau dengan penuh keikhlasan tanpa paksaan dari mana-mana pihak. 

Apabila memeluk Islam hampir lima tahun lalu, iaitu pada 24 Mac 2006, warga Kanada ini menukar namanya kepada Abdullah DeLancey.

Di zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa, keluarga beliau membesarkan Abdullah di dalam ajaran agama Gereja Pantekosta

Sepanjang menganut agama Kristian, beliau terlibat secara aktif di dalam aktiviti-aktiviti gereja termasuk menyampaikan khutbah untukAdult Sunday School dan pelbagai lagi tugas sebagai pembantu paderi.

"Saya ingin menyerahkan sepenuhnya kehidupan dan hidup saya ini kepada tuhan. Jadi saya bercita-cita untuk menjadi seorang paderi gereja," katanya.

Jika matlamat beliau tercapai, Abdullah dapat menjayakan misi-misi Kristian dengan lebih agresif dan meluas seperti yang dihajatinya.

Bagi mencapai matlamat itu, terlebih dahulu Abdullah perlu melanjutkan pengajian di dalam Degree in DivinityTetapi sebelum melanjutkan pengajian dan menyerah diri sepenuhnya kepada gereja, Abdullah mahu mengkaji kembali ajaran Kristian secara lebih terperinci dan menguji secara lebih serius mengenai keimanannya selama ini.

Dengan berbekalkan matlamat tersebut, beliau mengajukan pelbagai persoalan mengenai Kristian dan ajaran-ajarannya secara terperinci yang selama ini tidak pernah diambil peduli olehnya walaupun beliau adalah seorang pembantu paderi.

Persoalan Yang Tergantung

"Namun saya sungguh kecewa apabila tiada jawapan dapat diberikan dengan alasan sudah memberikan jawapan yang kukuh sedangkan jawapan tersebut tidak logik dan bergantung. Ada yang menjawab bahawa soalan saya sebenarnya sudah melampaui tahap pemikiran manusia untuk memikirkannya. Jadi sebagai penganut yang taat kita patut diam dan menerima sahaja tanpa banyak soal. Ini menyebabkan saya terfikir, tuhan telah mengurniakan otak yang sangat sempurna kepada manusia tetapi tidak boleh berfikir mengenai konsep ketuhanan," soalnya.

"Tetapi kenapa apabila sampai pada persoalan-persoalan yang ditimbulkan mengenai agama Kristian, secara tiba-tiba fungsi otak tidak diperlukan lagi? Adakah ini bermakna selama ini agama yang saya anuti ini adalah berasaskan satu keimanan yang buta," soal Abdullah.

"I questioned the trinity, why God would need a son, and why the human sacrifice of Jesus, as stated in the bible, was needed to provide me with forgiveness. I questioned the Christian belief of how all the righteous people in the Old Testament were "saved" and in heaven if Jesus wasn't even born yet. I pondered serious questions about Christianity that I had neglected to ask my whole life. The answers I received from Christians on these theological issues "which are the basis of the faith in Christianity" defied all reason and were absolutely beyond any logical thinking. Why would God give us a wonderful brain and then expect us to temporarily stop using it? Because that is what Christianity is asking people to do when they say you just must have faith. That is blind faith."

Jesus disalib untuk menebus dosa manusia..logikkah?


Tidak cukup bertanya dengan rakan-rakan seagama, Abdullah mencari jawapan di dalam kitab Injil kerana setiap ajaran mesti berasaskan daripada kitab itu.

"Tetapi tidak satu pun jawapan yang ditemui. Malah bertambah mengelirukan walaupun cuba difahami berkali-kali," katanya.

Akhirnya tanpa sebarang keraguan, Abdullah membuang agama yang selama ini beliau pertahankan.

"Kini saya tidak mempunyai sebarang agama untuk saya percayai. Tetapi saya yakin dan percaya bahawa tuhan itu wujud. 

"Jadi saya masih memerlukan agama bagi menghubungkan saya dengan tuhan. Hidup ini sukar hendak dilalui tanpa ada sebarang pegangan agama," katanya.

Mengenali Islam

DeLancey mengakui bahawa masa itu menjadi saat-saat yang sukar bagi dirinya dan keluarganya yang selama ini hanya tunduk kepada ajaran Kristian. Namun beliau terus mencari kebenaran dan mula mempelajari pelbagai agama. DeLancey tetap menemui kejanggalan di dalam agama-agama yang dipelajarinya, sampailah beliau mendengar mengenai agama Islam.

"Islam! Sepanjang yang saya ingat, saya tidak pernah mengenali seorang Muslim dan tidak pernah mendengar tentang kebaikan Islam. Apa yang didengarinya adalah cerita-cerita buruk tentang Islam. Ketika itu, saya sama sekali tidak menyukai Islam, "kata Abdullah DeLancey.

Tetapi selepas  itu DeLancey mula membaca tentang Islam dan mula membaca isi kandungan al-Quran. Al-Quran itulah yang telah mengubah kehidupannya sehingga beliau tertarik untuk membaca apa sahaja tentang Islam. Tekad untuk mengetahui tentang Islam dengan lanjut, DeLancey pergi mencari sebuah masjid yang letaknya kira-kira 100 batu dari tempat tinggalnya.

"Saya membawa keluarga saya ke masjid ini. Dalam perjalanan, saya merasa gugup tetapi penuh dengan semangat dan saya bertanyakan diri sendiri, adakah saya akan dibenarkan masuk ke masjid kerana saya bukan seorang Arab atau Muslim, "soalnya.

Setelah sampai di perkarangan masjid, saya merasa bahawa tidak ada apa yang perlu dikhuatiri. Beliau dan keluarganya disambut baik oleh seorang Imam dan beberapa Muslim di masjid itu. "Mereka sangat baik. Tidak seperti yang digambarkan di dalam media, "akui DeLancey.

Di masjid itu, DeLancey diberi buku yang ditulis oleh Ahmad Deedat. DeLancey membaca semua bahan-bahan bacaan tentang Islam dan sangat menghargai pemberian itu kerana di perpustakaan berhampiran tempat tinggalnya hanya mempunyai empat buah buku mengenai Islam.

"Setelah mempelajari buku-buku itu, saya sangat teruja dengan ajaran Islam. Bagaimana saya boleh menjadi seorang Kristian dalam tempoh yang begitu lama tanpa mengetahui kebenaran? Saya akhirnya yakin terhadap Islam dan ingin memeluk Islam, "kisah DeLancey.

Beliau kemudian menghubungi komuniti Muslim di tempat tinggalnya. Pada 24 Mac 2006, saya pergi ke masjid dan mengucapkan 2 kalimah syahadah sebelum menunaikan solat Jumaat selepas itu, dengan disaksikan komuniti Muslim di tempat tinggalnya.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com