Sunday 15 April 2012

Citroen DS4 bakal dilancarkan di Malaysia


Beberapa keping gambar Citroen DS4 berjaya ditangkap oleh peminat automotif, Theyson di Brooklands Motors’, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Menurutnya, unit ini dibawa ke Malaysia untuk semak uji JPJ. Berkemungkinan jentera Citroen DS4 ini bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Ianya mula diperkenalkan di Paris pada 2010, DS4 merupakan model kedua dalam keluarga Citroen DS, selepas DS3 diperkenalkan. Di Eropah, ianya hadir dengan 5 pilihan enjin, 2 HDi diesel dan 3 varian petrol. Varian paling berkuasa hadir dengan 200 hp THP, diikuti dengan THP 155 dan VTi 120. Kesemua 3 varian petrol ini merupakan enjin 1.6 liter BMW-PSA Prince engine, merupakan enjin yang sama hadir dalam model kereta Peugeots dan MINI.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com