Monday 9 April 2012

Inikah gambar berpelukan Talha Harith sehingga dikaitkan hubungan songsang


Talha Harith kini lebih berwaspada sebelum mendedahkan gambar peribadi kepada umum apabila gambar berpelukannya disalah erti mendakwa dirinya bernafsu songsang.

Menurutnya, gambar yang dimuat naik itu hanyalah gambar profil BBM daripada telefon BlackBerry miliknya kerana menyukai gaya senyuman itu.

Tak tahu mana silapnya, gambar itu disebar dan dirinya menerima kritikan apabila kontroversi timbul.

Jelas Talha lagi, gambar itu diambil bersama seorang pelakon lelaki ketika program sukaneka Extravaganza MyTV3 Out baru-baru ini melalui permainan yang memerlukannya didukung oleh pelakon tersebut.

Dalam perkembangan lain, Talha yang diangkat namanya melalui drama Juavana dan Tanah Kubur memberitahu, dia kini sedang menjalain penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Mizan Cinta gandingan bersama Memey Suhaiza dan bakal berangkat ke Hong Kong dan Seoul, Korea Selatan untuk menjalani penggambaran drama tersebut.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com