Monday 9 April 2012

Johan As’ari tampil perjelas isu semakin besar kepala


Selepas didakwa besar kepala, lewat ke lokasi penggambaran, dan tidak berdisplin, sekali lagi Johan As’ari dituduh perkara sama apabila menolak tawaran berlakon tanpa sebab.

Diminta mengulas mengenai desas desus ini, Johan mendakwa dia tidak pernah menolak mana-mana tawaran sebaliknya mempertimbangkan dahulu mampu atau tidak terlibat dalam mana-mana drama ditawarkan kepadanya.

Tambahnya, dia juga tidak memilih watak kerana mahu mempelajari selok belok dunia lakonan yang dianggap masih baru buatnya, dan tidak memahami mengapa ada pihak sanggup menuduh sedemikian rupa.

Enggan memikirkan dakwan tersebut, Johan menganggap keluarga serta rakan-rakannya lebih mengenali siapa diri dia yang sebenar.

“Ini bukan kali pertama saya dengar orang menilai buruk tentang saya. Apa nak buat, saya tak berhak untuk menutup cakap orang. Mereka kata macam tu kerana tidak mengenali saya secara dekat,” jelasnya.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com