Friday 13 April 2012

SHAM KAMIKAZE NIKAHI NURUL HALIMIN TANPA PENGETAHUAN ISTERI PERTAMA??


Pertengahan Januari 2012, kecoh juga dunia hiburan dengan kisah yang mengatakan pemuzik & kini pendakwah sudah beristeri dua.


Sham Kamikaze pantas tampil & menafikan dakwaan itu selain berasa kecewa kerana dengan apa yang beliau lakukan sekarang, ada juga gossip yang melanda.

Gambar yang didakwa isteri kedua Sham Kamikaze-Nurul Halimin
Menurut sumber, identiti isteri kedua Sham Kamikaze telah lama di’kenalpasti & wanita itu bernama Nurul Halimin Md Salleh yang berusia 32 tahun — mereka sah bernikah 16 Januari yang lalu.


Nurul Halimin atau lebih mesra di’panggil Min ini merupakan kakak kepada penyanyi Maulana dari Akademi Fantasia 8 (AF8) & wanita yang di’dakwa janda anak satu ini merupakan seorang yang aktif di’Twitter.

Menurut sumber lagi, pernikahan Sham Kamikaze dengan Nurul Halimin masih belum di’ketahui oleh isteri pertama & keluarga Sham Kamikaze sendiri.

Bagaimanapun puji harus diberi kerana Sham Kamikaze mengambil keputusan untuk berkahwin dengan wanita yang bergelar ibu tunggal untuk membela nasib.

Jika identiti isteri kedua Sham Kamikaze ini benar seperti di’dakwa — menjadi satu persoalan kepada lelaki ini masih mahu merahsiakan perkahwinan kedua beliau sedangkan ia’nya suatu perkara yang baik?

Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang patut dihebahkan untuk elak fitnah masyarakat? Bukanlah riuh satu kampung cukup sekadar orang tahu untuk mengelakkan salah faham.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com