
Seorang anggota Knesset (parlimen Israel) menyifatkan bahawa  persetujuan yang dicapai hari ini antara para tahanan Palestin dengan  Jabatan Penjara Israel yang menurut kehendak kesemua tuntutan  mereka(tahanan Palestin) adalah noktah hitam kepada Israel.
Kata Mikhael Ben Ara, anggota Knesset yang merupakan pelampau Yahudi  mewakili ‘الاتحاد الوطني’, persetujuan yang dimeterai hari ini merupakan  noktah hitam kepada Israel.
Mikhael mengungkapkan persetujuan yang dicapai itu memberikan kehidupan baru kepada mereka(tahanan-tahanan Palestin).
Israel tunduk kepada tahanan
Menukil dari web berita SAFA, setelah mengharungi 28 hari mogok  lapar, Israel telah tunduk kepada tahanan-tahanan Palestin dalam  penjaranya pada petang Isnin, 14 Mei 2012.
Para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara penjajah telah  menandatangani satu persetujuan dengan Jabatan Penjara Israel bagi  mengakhiri mogok lapar yang mana kesemua tuntutan-tuntutan mereka akan  dilunaskan. Sewaktu persetujuan hari ini dimeterai, Duta Mesir ke Israel  juga hadir.
Ketua delegasi tahanan yang telah dibebaskan, Ruhi Mushtaha yang  berada di Kaherah sejak beberapa hari yang lalu bagi mengetuai delegasi  dari Gaza telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil Mesir  mengenai mogok lapar.
Kata beliau, satu persetujuan telah ditandatangani antara Jabaran  Penjara Israel dengan para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara yang  turut dihadiri Duta Mesir ke Israel.
Persetujuan itu berhubung tuntutan-tuntuan yang telah dimeterai  sepanjang rundingan yang dijalankan dan ada juga yang berkaitan dengan  pelunasan janji Israel dalam agenda-agenda(bab kandungan) perjanjian  penukaran tahanan-tawanan(صفقة تبادل الأسرى) antara HAMAS dengan rejim  zionis.
Persetujuan ini menetapkan dalam tempoh 72 jam, kesemua tahanan  Palestin yang meringkuk dalam kurungan asing(seorang diri) akan  dikeluarkan kepada sel kurungan biasa.
Jurucakap Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Taher Al-Nunu  menjelaskan ketika menjelang waktu menandatangani persetujuan antara  pemimpin gerakan tahanan yang mogok lapar dalam penjara dengan Jabatan  Penjara Israel, adanya perkembangan yang positif. Jelas beliau,  pertemuan(sesi persetujuan yang dihadiri Duta Mesir ke Israel dalam  penjara Israel) diikuti secara langsung oleh Mesir dengan penyelarasan  bersama kerajaan Palestin di Gaza.
Terima kasih semua
Menteri Tahanan Kerajaan Palestin di Gaza, Abu As-Subhi yang berada  di Kaherah mengesahkan persetujuan antara para tahanan dengan Jabatan  Penjara Israel. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Mesir(terutamanya  Badan Perisikan Mesir), masyarakat Arab dan umat Islam dan kesemua yang  bersimpati terhadap para tahanan. Beliau turut menyeru agar membantu  kepada kemenangan sehinggalah kesemua tahanan dibebaskan.
Dari sudut lain, Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh  mengucapkan tahniah kepada para tahanan-tahanan Palestin yang berjaya  mengharungi mogok lapar sehingga tercapai kesemua tuntutan mereka.  Beliau memuji ketabahan para tahanan yang sanggup mengadakan mogok  lapar.
Tambahan lagi, Presiden Palestin di Ramallah, Mahmoud Abbas berkata,  persetujuan ini adalah langkah utama ke arah jalan membebaskan kesemua  para tahanan Palestin dari penjara-penjara Israel.
Situasi mogok lapar
Sejak 28 hari yang lalu, ratusan daripada tahanan-tahanan Palestin  yang meringkuk dalam penjara-penjara Israel telah mengharungi mogok  lapar atau disebut ‘pertempuran kosongkan perut’. Diikuti dua tahanan  lagi, Saer Halahulah dan Bilal Ziab yang telah pun mengharungi mogok  lapar sejak 78 hari sebelum ini. Demikian itu sebagai bantahan kepada  keadaan keadaan yang mereka terpaksa lalui dalam penjara.
Para tahanan Palestin meletakkan syarat bagi menghentikan mogok  lapara adalah dengan tunaikan tuntutan mereka, antaranya, selesaikan kes  tahanan tanpa bicara(tutup kes), tiada lagi kurungan seorang diri serta  membenarkan ahli keluarga mereka dari Semenanjung Gaza melawat  anak-anak mereka dalam penjara-penjara Israel.
Israel telah menyahut sebahagian dari tuntutan mereka supaya mogok  dihentikan tetapi para tahanan Palestin enggan dan nekad terus  mengharungi mogok lapar sehinggalah kesemua tuntutan mereka dilunaskan.
Sumber 14/05/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps
Post a Comment