
Untuk berlaku jujur, kami sebenarnya mengharapkan yang pasangan ini  berdasarkan status mereka akan berada di Eropah untuk percutian bulan  madu mereka. Namun semangat cinta negara mereka tinggi dengan memilih  Pulau Redang.
Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) yang bernikah pada 27 April  2012 yang lalu kini sedang berada di Pulau Redang, Terengganu untuk  percutian bulan madu mereka.
Menurut maklumat ringkas yang di’tulis oleh Fasha Sandha melalui  akaun Instagram beliau, mereka menetap di The Taaras Beach & Spa  Resort yang merupakan penerima Star Diamond Award 2012 — bukan calang  calang lokasi.
Beberapa keping gambar terima kasih kepada Fasha Sandha sendiri untuk tatapan anda semua.











 
Post a Comment