Monday, 21 May 2012

Nora Danish Nafi ‘Orang Ketiga’, Adi Putra Tarik Balik Kes Cerai

Nora Danish Nafi 'Orang Ketiga', Adi Putra Tarik Balik Kes Cerai

Berita gembira yang diterima pagi tadi tentang penarikan balik penceraian Adi Putra terhadap isterinya pastinya bukan sahaja menggembirakan Adi dan isteri, tetapi juga Nora Danish yang dikaitkan sebagai punca pergolakan rumah tangga Adi Putra dan isterinya, Aida Yusoff.
Menerusi suratkhabar Kosmo semalam, Nora Danish menafikan sekeras-kerasnya yang dia memiliki hubungan istimewa dengan Adi Putra. Kata Nora:-
” Saya dan Adi hanya berhubung ketika kerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama.
” Sepanjang mengenali Adi, kami juga tidak pernah berkongsi kisah peribadi. Adi sendiri tidak suka menceritakan masalah rumah tangganya kepada saya,” katanya.
Malah Nora Danish ternyata kecewa apabila namanya dikaitkan.
Namun Nora Danish berkata yang dia tidak tergamak untuk melakukan perkara yang sama selepas melalui penceraian dengan Jejai dahulu. Kata Nora:-
” Ketika hendak berlepas ke Mekah pada 28 Mac lalu, Adi dihantar ke lapangan terbang oleh Aida.
” Kami juga sempat berborak sementara menunggu penerbangan. Bila pulang perkara sebegini pula yang terjadi. Tolong jangan kaitkan saya, mentang-mentanglah saya ini ibu tunggal.
” Saya sendiri pernah melalui episod perceraian dalam perkahwinan. Secara logiknya, tak mungkin saya tergamak untuk melakukan perkara yang sama terhadap rumah tangga orang lain Saya sedih dengan keadaan yang berlaku.”
Sementara itu Adi pada minggu lalu yang menyatakan keinginan mahu menyelesaikan kes rumah tangga dengan Aida di Mahkamah Syariah menggambil keputusan menarik balik kes berkenaan.
Difahamkan Adi yang memfailkan penceraian pada 14 Mei lalu menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin.
Wartawan yang berkumpul di mahkamah berkenaan bagaimanapun gagal bertemu dengan pelakon itu.
Dalam pada itu, Adi ketika dihubungi mStar Online enggan mengulas mengenai penarikan kes tersebut.
Dia bagaimanapun memberitahu akan mengadakan sidang media khas pada malam Selasa.
“Saya baru pulang daripada menguruskan kes ini. Esok (malam Selasa), saya akan menjelaskan mengenai perkembangan terbaru kes ini,” katanya.
Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com