Saturday, 19 May 2012

Saman Doktor Selepas Alat Sulit Terpaksa Dipotong

Saman Doktor Selepas Alat Sulit Terpaksa Dipotong

Miami – Hasratnya hanya satu iaitu untuk memuaskan isterinya ketika mereka melakukan hubungan seks, namun tanpa disedarinya tindakan berkenaan membawa padah kepadanya.
Bukan itu sahaja, dia kini mengalami kecacatan fizikal yang kekal, malah terpaksa membuang air kencing dengan menggunakan tiub.
Itu yang berlaku kepada Enrique Milla, 65, yang telah melakukan pembedahan menanam implan dalam alat sulitnya, semata-mata untuk mengubati masalah mati pucuk yang dialaminya.
Tanpa disedarinya, bahagian pembedahan itu mengalami jangkitan dan akibatnya, sebahagian alat sulitnya terpaksa dipotong.
Dia kini mengemukakan tuntutan saman bagi mendapatkan pampasan daripada doktor tersebut, Dr Laurentiu Boeru di atas kesakitan dan rasa malu yang dialaminya akibat kejadian itu.
Milla bagaimanapun terpaksa memberikan keterangan melalui Skype selepas pihak berkuasa menghantar dia dan keluarganya pulang ke Peru, tahun lalu.
Menurut peguamnya, Spencer Aronfeld, Milla telah menetap di Miami selama 40 tahun dan bekerja dalam bidang pembekalan barangan perubatan.
“Tiada bezanya jika dia sudah dihantar pulang atau tidak, kerana akhirnya dia terpaksa membuang air kecil melalui tiub,’’ katanya.
Aronfeld berkata, doktor sepatutnya tahu bahawa Milla tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk menjalani pembedahan berkenaan atas alasan perubatan.
Jelasnya, Milla mengalami sakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, justeru pembedahan itu harus ditangguhkan sehingga penyakitnya pulih.
Pembedahan berkenaan dilakukan pada Ogos 2007 di Hospital Coral Gables, dan alat sulit itu terpaksa dipotong selepas seminggu pembedahan dijalankan.
Dalam pada itu, peguam bela Dr Boeru iaitu Jay Chimpoulis pula berhujah, Milla tidak bernasib baik kerana keadaan itu berlaku kepadanya namun dengan mengemukakan saman, ia tidak akan mengubah nasibnya itu.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com