Wednesday 6 June 2012

Erra Fazira Mahu Fitnah Tentang Rumah Tangganya Dihentikan

Lagi mengenai rumahtangga artis Malaysia, dan kali ini melibatkan kisah pelakon cantik jelita dan berbakat besar , Erra Fazira. Sudah banyak cerita kurang enak kami dengar tentang rumahtangga antara Erra dan suami nya Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dikatakan goyah sejak beberapa bulan lepas.
Kini, spekulasi baru yang tersebar apabila ada yang mendakwa Erra dan Emran telah mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan konflik rumahtangga yang semakin menemui jalan buntu. Namun cakap-cakap itu semua telah disangkal oleh Erra sendiri.
Beliau meminta supaya orang ramai terus berhenti dan menyebarkan fitnah terhadap perkahwinan yang telah dibina sejak beberapa tahun itu. Erra juga mengatakan, ramai yang bercakap tentang perihal peribadi nya sendiri seolah mereka yang lebih mengetahui ceritanya berbanding Erra sendiri. 
Disebabkan itu, Erra lebih selesa mengambil jalan untuk berdiam diri kerana sedar beliau tidak mampu untuk menutup mulut orang yang mahu bercakap tentangnya. Selain itu, beliau berkata, hubungan cinta antara dirinya dan suami bukanlah seperti kisah dongeng, pastinya perkahwinan biasa yang akan ada masalah, namun mereka masih mampu menanganinya.
Erra juga meminta supaya permasalahan dalam perkahwinannya tidak perlu diperbesar-besarkan dan menganggap ianya asam garam dalam dunia perkahwinan sahaja.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com