Monday 11 June 2012

Gambar Kemewahan Hidup Pengerusi Bersih 4.0

Dalam satu kenyataan, Jamal Md Yunus, ketua pengacau rumah Ambiga ini mendakwa dia peniaga nasi lemak yang mengalami kerugian semasa BERSIH 3.0. Katanya: "kami terdiri daripada peniaga-peniaga. saya menjual nasi lemak.
Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?"

Namun, dia terlupa sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? 

Malah gambar yang dipetik dari sebuah blog ini menunjukkan ketua pengacau ini menyambut hari jadi di sebuah hotel 5 bintang. Tetamu yang hadir juga bukan calang-calang termasuk artis dan selebriti TV.
Usahlah bermain wayang kerana kita sekarang hidup dalam zaman teknologi maklumat. Selain menjadi pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, mamat nih ini ialah pemilik rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Walaupun rata-rata tukang komen di laman FB DCM mendakwa makanan di restoran milik malaon ini tidak sedap dan mahal gila, namun malaon ini tetapmaintain pandu Ferrari dan sambut hari jadi di hotel mewah. Mampukah dia menjalani kehidupan begitu dengan hanya menjual nasi lemak di Jalan TAR?

Cuba lihat gambar di bawah ini dan jawab soalan ini, adakah BERSIH 3.0 merugikan peniaga?
~dcm

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com