Monday, 25 June 2012

Hijab Julia Perez Terbuka Ketika Cium Hajar Aswad

Sembilan hari selepas berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Umrah bersama keluarga, kelibat penyanyi dan pelakon sensasi dari seberang pastinya dinantikan oleh wartawan yang ingin bertanyakan mengenai pengalamannya di sana.
“Setibanya di Mekkah, saya terus menunaikan solat. Sedih sangat dan ini merupakan satu-satunya tempat yang buat saya tidak berhenti menangis,” ujar pelantun ‘Belah Duren’ ini dipetik dari laman Kapanlagi.com.
Tambahnya lagi, sebelum berangkat ke Tanah Suci, Jupe menyimpan hasrat untuk menyentuh Kaabah dan hasratnya tercapai pada hari pertama dia berada di sana.
Walaubagaimanapun, artis sensasi ini punya kisah menarik untuk dikongsi.
“Hari pertama saya bisa menyentuh Kaabah dan dalam hati saya berkata, “Ya Allah, aku sangat beruntung kerana dapat menjejakkan kaki ke sini, lalu saya berniat mahu mencium Hajar Aswad.
“Pada hari ketiga, saya berjaya mencium Hajar Aswad namun ketika mencium batu hitam yang terletak di sebelah tenggara Kaabah itu, hijab saya terbuka gara-gara ditarik oleh seorang wanita. Semuanya terlepas.
“Banyak yang mengharapkan untuk berada betul-betul di hadapan Hajar Aswad seperti saya ketika itu. Orang-orang di belakang saya berebut-rebut untuk mencium Hajar Aswad. Saya nangis dan cuma berdoa agar dosa saya diampuni, doa soal jodoh, rezeki dan sebagainya saya sudah tidak ingat lagi. Tidak dapat menahan tolakan, saya akhirnya berundur, “ cerita pelakon filem ‘Arwah Goyang Karawang ini lagi.- (yahoo!)
mynewhub

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

2 comments:

  1. nama jer pakai hijab...tapi masih nampak bentuk payudara...insaflah...ramai orang yang melihat anda...

    ReplyDelete
  2. orang kafir sampai sanggup buang payudara sebab tak sanggup dilihat orang...inikan kita sebagai orang islam, masih mahu menunjuk-nunjuk aset yang dimiliki...

    ReplyDelete

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com