Friday 1 June 2012

Mustahil Saya Bercinta Dengan Beego!

Mustahil Saya Bercinta Dengan Beego!
Nampaknya, satu-persatu gosip dan kontroversi yang singgah dalam kehidupan pelakon cantik meletup, Rozita Abu Bakar @ Che Wan.
Kalau dahulu, dia dikaitkan dengan suami kepada Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk K, kemudian digosipkan pula dengan pelakon muda Zain Saidin serta penyanyi Shahir.
Terbaru, nama Rozita dikhabarkan pula mempunyai hubungan dengan pelakon lelaki lain, Beego.
Mana satu yang betul?
Bagi Rozita, semua kontroversi yang bercakap tentang hubungan cintanya dengan Beego adalah tidak benar dan mungkin kerana dia masih lagi berstatus solo, mudahlah untuk umum membuat cerita tentang dirinya.
“Ini adalah gosip paling baru yang saya dengar tentang diri saya, kerana hakikatnya saya sendiri tak pernah mengetahuinya.
“Kelakar pula saya dengar tentang cerita ini. Mungkin kerana saya masih solo, jadi orang dengan mudah mengaitkan saya dengan selebriti lelaki yang kebetulan juga solo,” kata Rozita yang dipetik dari portal Murai.com.
Rozita berkata, orang ramai mudah untuk membuat kesimpulan tentang dirinya walaupun tidak mengenali personaliti dan dirinya dengan lebih dekat.
Pelakon yang berstatus ibu tunggal itu mengakui memang mengenali Beego, tetapi hanyalah bertujuan untuk menjayakan lakonan mereka bersama dalam drama Chef Cinta di mana penggambaran drama itu dijalankan pada bulan April lepas.
“Mungkin kerana kami berlakon bersama. Jadi orang mula kaitkan kami berdua. Kalau keluar dengan Beego pun, kami akan keluar bersama-sama krew produksi secara beramai-ramai.
“Terus terang, saya memang tidak pernah menyimpan perasaan dengan Beego apatah lagi untuk bercinta dengannya kerana semua itu mustahil,” katanya.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com