Kemesraan antara Zizan Razak dan Juliana Evans ketika sesi tayangan, Mael Lambong yang diadakan di TGV, Sunway Piramid, Selasa lalu menggambarkan kebahagiaan mereka.
Namun, apabila di tanya mengenai status perhubungan mereka, keduanya menegaskan hanya berkawan rapat dan ‘sekepala’.
Bagaimanapun, Zizan dan Juliana atau mesra di sapa Jue, sekali lagi ‘terkantoi’ dengan beberapa media yang sedang menemu bual mereka, apabila pasangan yang pernah digandingkan menerusi filem, Hantu Bonceng ini memakai cincin yang sama.
Tatkala sedar sudah ‘terkantoi’, Zizan cepat-cepat bangun lalu menanggalkan cincin tersebut dan menyerahkan kepada pengurusnya, manakala Jue hanya tersipu-sipu dan mengatakan cincin mereka berlainan sedikit.
Jue yang sedang dalam cuti semester, sudah berada di Malaysia semenjak tiga minggu lalu dan akan kembali semula ke Amerika Syarikat (AS) pada Ogos nanti.
Ditanya apakah kepulangannya untuk mengurangkan rindunya pada Zizan, empunya nama sebenar, Juliana Sophie Johari Evans ini sempat ketawa.
“Jika diikutkan, saya tak rancang untuk balik sebenarnya kerana saya bercadang untuk mengambil kursus pendek semasa cuti semester ini. Tapi kebetulan saya dapat tawaran berlakon filem Dampak, jadi saya kira baik saya balik sekejap. Dapat juga saya lepaskan rindu berlakon.
“Alang-alang, dapat sambut puasa dan raya di sini. Insya-Allah, hujung Ogos nanti baru saya pulang semula ke sana.
“Sejujurnya, saya belum sempat lagi berbual panjang dengan Zizan, malah malam ini (ketika sesi tayangan filem) adalah kali kedua kami bertemu selepas tiga minggu saya berada di sini,” katanya.
Celah Zizan, dia juga berasa ralat kerana belum sempat untuk berbual panjang dengan Jue kerana terlalu sibuk dengan penggambaran dan juga beberapa urusan kerja lain.
“Sudah tentulah saya suka sangat dapat bertemu dengan dia sebab dah lama kami tak berjumpa. Lagipun, dia merupakan kawan wanita saya yang paling rapat setakat ini. Saya tak sempat nak jumpa dia lama-lama sebab jadual saya padat sangat sekarang dengan waktu penggambaran.
“Macam hari ini, saya baru tiba dari Thailand kerana jalani penggambaran filem di sana dan esok pagi saya akan terbang balik ke Thailand,” jelasnya.
Ditanya mengenai status sebenar hubungannya dengan Zizan, gadis berusia 22 tahun ini mengakui, Zizan merupakan kawan lelaki yang paling rapat dengannya kini.
“Sepanjang saya di sana, kami sering berhubung melalui Twitter dan kadangkala dia menelefon saya,” jelasnya.
Menurut Jue, dia berasa ralat kerana lambat mengetahui Zizan dimasukkan ke hospital. Malah, dia hanya mengetahui tentang berita itu apabila dimaklumkan pengurus Zizan.
“Kalau pengurus Zizan tidak beritahu saya, saya pun tak tahu dia sakit. Risau juga bila dapat tahu berita itu. Sebab saya dengar, dia banyak bekerja sejak akhir-akhir ini. Jadi, saya ada juga pesan supaya dia banyak rehat dan jaga kesihatan.
“Malah, sewaktu dia menang Anugerah Bintang Popular baru-baru ini pun, mama saya yang beritahu saya pasal kemenangannya itu,” katanya yang asyik tersenyum apabila diusik Zizan yang sedikit pun tidak berganjak sepanjang sesi temu bual bersama Jue.
Zizan suka ganggu: Jue
Zizan suka ganggu: Jue
Menyentuh mengenai filem terbaru lakonan mereka, Mael Lambong, Zizan sempat mencelah, pernah mengejar seekor anak kambing semasa berada di lokasi penggambaran di Terengganu kerana Jue.
“Jue adalah seorang gadis pan Asia yang sukakan anak kambing dan dia minta saya tangkap anak kambing untuk dia,” ujar Zizan sambil memandang Jue.
Jue pula berkata, sepanjang sesi penggambaran, dia banyak diganggu oleh Zizan menyebabkan dia berasa mencabar membawakan watak Maria.
“Maria adalah seorang ejen perisik yang perlu menyempurnakan satu misi. Secara tidak sengaja, dia telah melibatkan Mael dalam konflik yang dihadapinya.
“Sebenarnya tidaklah sukar bawa watak serius, namun yang menjadi cabarannya apabila muka saya difokuskan pada kamera, Zizan pula mengusik kaki saya menyebabkan saya rasa hendak ketawa. Selain itu, dia suka buat lawak.
“Selain itu, Jue terlibat dengan babak bergaduh dan aksi drift. Jue takut sangat ketika melakukan aksi drift namun, Jue puas berlakon dalam filem ini,” katanya.
Jue intai peluang di AS Bercerita tentang kehidupannya di negara orang, Jue yang kini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Perfileman, Video dan Media di Universiti Western Michigan berkata, rutin hariannya di sana sama seperti pelajar lain.
Sinar Harian
Post a Comment