Friday, 13 July 2012

Kecantikan Mahsuri Tidak Pernah Luntur Walaupun Sudah Tujuh Keturunan





Mahsuri. Siapa yang tak tahu cerita Mahsuri sila angkat tangan anda sambil membuat muka tak malu. Alamak, kami pun dah tak ingat sangat dah(sambil menahan malu di muka). Haha. Sapa yang ingat tue boleh la cerita kat kitorang di ruangan komen nanti.

Tapi yang pastinya sumpahan Mahsuri yang 7 keturunan dia tak boleh nak jejak kaki kat Langkawi. Kalau jejak je muntah-muntah tue. Memang gile ah sumpahan Mahsuri nie.

Jadi siapa pulak Wan Aishah nie? Melalui apa yang digembar-gemburkan, si Wan Aishah nie adalah keturunan ke 7 Mahsuri. Kiranya dia nie kalau jejak kaki kat Langkawi pun tak rasa apa-apa la. Sumpahan Mahsuri tue dah berakhir bila kat dia. Leh la merasa shopping barangan duty free. Hehehe.

Ok cuba anda tengok gambar Wan Aishah nie dan bayangkan macam mana muka Mahsuri. Rasanya walaupun dah berlalu 7 keturunan, mesti ada sisa-sisa dan baki-baki iras-iras muka Mahsuri kat Wan Aishah nie. Boleh tahan jugaklah kecantikan Wan Aishah nie. Jadi semestinya Mahsuri lagi cun kan?


Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung. Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas. 

Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan.Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.

Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.

Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.

Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.

Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.

Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.

Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.

Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.
 

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com