Friday 6 April 2012

3 Temujanji Filem Romantik Komedi Terbaik Minggu Ini.

Masuk sahaja ke panggung, apa yang kami harapkan pada Filem 3 Temujanji ini, pastinya satu lagi filem cliché romantik komedi Melayu yang selalunya kita lihat di panggung tempatan, tapi apa yang mengejutkan, sentuhan pengarah Hashim Rejab sudah mengubah prespektif dan persepsi kami terhadap Filem 3 Temujanji ini.
Gandingan mantap Yana Samsudin dan Pierre Andre berjaya menghidupkan watak utama, mungkin kerana keserasian itu wujud sejak sekian lama atau mereka mengimbau detik sewaktu bercinta dulu bukan? Opss… apa yang kami nak katakan, yela… mereka proffesional dalam menjiwai watak sehingga kami yang menonton pun terasa sebaknya. Ishkk…
Melihat kepada trailer filem ini, mungkin tak ramai yang menjangkakan unsur komedi tahap pecah perut yang telah diselitkan. Dengan lawak dan pembawakan bersahaja Pierre Andre, Pak Piee, Cat Farish dan ramai lagi artis lain,berjaya menghasilakn komedi santai dan rileks untuk tontonan seisi keluarga.
Filem 3 temujanji mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Reanna (Yana Samsudin) yang sukar mempercayai lelaki. Atas sebab itu, Reanna meletakkan syarat hanya akan bertemujanji dengan lelaki tidak lebih daripada 3 kali sahaja.
Selepas 3 temujanji, Reanna akan meninggalkan lelaki terbabit dan mereka tidak perlu berhubung lagi untuk mengelakkan sengsara jika jatuh cinta. Namun semunya berubah apabila Reanna bertemu Mikhail (Pierre Andre) yang sangat teruja untuk berkahwin dengannya.
X-factor dan peribadi yang terdapat dalam diri Mikhail akhirnya memikat hati Reanna, mampukan mereka menahan perasaan hati selepas berakhirnya 3 temujanji? jangan lupa saksikan filem ini di pawangam berhampiran pada 5 April ini!
Romantiknya cerita 3 Temujanji! Bukan sahaja buat stok untuk tergelak degan komedi yang disajikan, tapi kami teresak-esak juga ketika menonton!
Antara watak penampilan khas yang menghidupkan filem ini ialah Diana Amir, Kamal Adli, Farid Kamil, Mia Sarah, Zul Suphian, Wawa Zainal (ye! Wawa pon ada!) , Adey Syafrien, Kartina Aziz, Mustapha Kamal, Pak Piee, Lydiawati, Esma Daniel, Nuremy Ramli, Chloe Nicole dan Zalif Sidek.
Penampilan Diana Amir sebelum bertudung dan berhijrah yang sangat menjiwai sehingga air mata pertama kami gugur melihat lakonan dia tau.
Watak selingan yang mencuit hati penonton.
Jangan lupa saksikan, nantikan, catitkan jadual anda pada minggu ini, 5 April 2012 untuk menonton 1 filem terbitan Metrowealth Picture Sdn.Bhd yang nyata tidak mengecewakan peminat filem tempatan, 4.5 bintang kami berikan kepada  3 Temujanji, Tahniah!

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com