Friday 13 April 2012

Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Nikah 4 Mei 2012 & Terima Tajaan Bateel Asia RM60,000

Alhamdulillah. Scha al-Yahya dan Awal Ashaari sudah pun selamat umumkan tarikh bahagia mereka di sebuah majlis ringkas di Flora Cafe, Jalan Ampang.
Pasangan ini bakal mengikat tali hubungan sebagai suami isteri di sebuah majlis pernikahan pada 4 Mei 2012 ini & bakal berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya.
Majlis resepsi Scha al-Yahya dan Awal Ashaari bakal di’adakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei 2012.
Menariknya, majlis perkahwinan & juga pernikahan pasangan ini bakal menerima tajaan mewah cenderahati mewah daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa. Lebih 1,750 cenderahati bakal di’edarkan kepada tetamu bernilai RM60,000.
Astro Ria akan bertindak sebagai penyiar rasmi untuk kedua dua majlis pernikahan & persandingan untuk pasangan Awal Ashaari dan Scha al-Yahya.
Majlis pernikahan akan di’siarkan secara langsung menerusi Saluran 104 dan resepsi perkahwinan akan di’rakam untuk siaran episod khas.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com