Tuesday 10 April 2012

Mark Zuckerberg lawat Shanghai bersama kekasih


Berehat sebentar isu hiburan tempatan yang tidak habis dengan masalah sama, ayuh kita ke berita hiburan antarabangsa.

Terbaru, billionaire yang juga pengasas Facebook, Mark Zuckerberg ada mengadakan lawatan ke Shanghai, China bersama kekasih, Priscilla Chan.

Tanda tanya timbul apabila lawatan ini dikaitkan dengan pihak Facebook yang berpengkalan di California mula menilaikan semula untuk memasuki pasaran negara ini.

Untuk pengetahuan, laman sosial Facebook disekat di China bermula tahun 2009. Facebook memiliki lebih 800 Juta pengguna seluruh dunia kecuali 6 buah negara, termasuklah Rusia dan China.

Kini, pengguna internet di China disekat oleh kerajaan Beijing melalui sistem penapisan yang dikenali sebagai ‘Great Firewall of China’ atas alasan menyekat kandungan sensitif ke negara itu. Pengguna internet hanya boleh akses laman yang disekat melalui VPN (rangkaian persendirian) sahaja.

China merupakan antara negara yang sentiasa menjadi pemerhatian firma teknologi negara lain kerana kemampuannya.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com