Memang kiut patung CEO Facebook, Mark Zuckerberg nie yang telah dihasilkan oleh salah sebuah syarikat di China. China nie memang genius dan macam-macam produk mereka hasilkan termasuk mengklon gajet-gajet terutamanya iPhone.
Patung nie jugak mendapat sambutan hangat di pasaran tetapi malangnya penjualan telah dihentikan kerana mendapat tentangan dari Mark Zuckerberg sendiri di mana pihak guamannya telah menghantar notis sebelum disaman. Haha, macam-macam… LOL.
Gambarnya dalam FB cantik dan seksi.Dia menggunakan nama samaran Sai Sailani.Seorang gadis manja ,pandai bermain kata-kata sehingga ramai jejaka tergoda dan terpedaya.Ada yangsanggup memasukkan ribuan ringgi kedalam akaunnya.
Lebih 10 lelaki tetipu dengan wanita yang menggunakan FB untuk memerangkapdengan kata -kata mengoda sebelum menceritakan masalah kewangannya.Dia akan merayu mangsa untuk membantunya.Ada diantara mangsa telah menjejkinya dan rypanya dia tudak serupa dengan gambarnya diadalam FB.
NEW YORK – Harga saham Facebook jatuh lebih lima peratus semalam selepas ia menjunan 11 peratus kelmarin.Dalam dagangan semalam, harga saham itu ialah pada AS$31.92 (RM) merosot berbanding AS$34.03 (RM) kelmarin.
Saham Facebook sebelum ini dibuka pada harga AS$38 (RM118.63) seunit yang merupakan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar di AS.
Kejatuhan tersebut berlaku selepas sesi dagangan bergelora pada Jumaat lalu yang menyaksikan saham Facebook meningkat pada awal dagangan sebelum kembali merudum pada hari yang sama.
“Pelabur runcit takut untuk membeli saham Facebook. Kebanyakan orang sebelum ini menyangka ia satu pelaburan yang amat menguntungkan.
“Justeru apabila situasi sebaliknya berlaku, tiada siapa tahu sejauh mana saham ini akan merudum,” kata Eksekutif Dana Internet Sosial, Lou Kerner.
Menurutnya, situasi tersebut didorong sentimen negatif sebahagian pelabur yang sangsi sama ada Facebook dapat terus berkembang dan mencatat lebih banyak keuntungan pada masa depan.
Salah seorang pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg.
Pada Sabtu lalu, beliau melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Priscilla Chan.
Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu di kediaman Zuckerberg di Palo Alto, California.
Ia berlangsung sehari selepas Facebook membuat IPO bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka. – Agensi
CALIFORNIA: Facebook semalam mengumumkan akan membeli aplikasi perkongsian foto paling popular, Instagram, untuk telefon bimbit pintar dengan harga berbilion dolar.
Pencipta aplikasi yang memberi kemudahan pengguna untuk mengubah dan memuat naik foto ke dalam telefon bimbit pintar dan tablet itu akan dibayar secara tunai dan memperoleh saham Facebook.
Facebook juga akan menyelesaikan proses Initial Public Offering (IPO) sahamnya, bulan depan.
Persetujuan itu akan menjadikan pencipta Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger kaya-raya serta merta. Persetujuan itu dicapai beberapa hari selepas Instragram memperkenalkan versi perisian untuk telefon android, selepas terkenal dalam aplikasi Apple. Mereka bersetuju dengan tawaran itu selepas Kevin menolak tawaran Mark Zuckerberg untuk bergabung dengan Facebook, lapan tahun lalu.
Pertama kali mereka bertemu dengan Zukerberg ketika Kevin masih lagi meneruskan pengajian di Universiti Stanford.
Kevin berkata: “Waktu itu saya membuat keputusan untuk meneruskan pengajian.”
Kevin dan Mike telah mengambil keputusan tepat kerana mereka kini menikmati kejayaan tanpa dibantu oleh ibu bapa atau orang lain. – DM
Berehat sebentar isu hiburan tempatan yang tidak habis dengan masalah sama, ayuh kita ke berita hiburan antarabangsa.
Terbaru, billionaire yang juga pengasas Facebook, Mark Zuckerberg ada mengadakan lawatan ke Shanghai, China bersama kekasih, Priscilla Chan.
Tanda tanya timbul apabila lawatan ini dikaitkan dengan pihak Facebook yang berpengkalan di California mula menilaikan semula untuk memasuki pasaran negara ini.
Untuk pengetahuan, laman sosial Facebook disekat di China bermula tahun 2009. Facebook memiliki lebih 800 Juta pengguna seluruh dunia kecuali 6 buah negara, termasuklah Rusia dan China.
Kini, pengguna internet di China disekat oleh kerajaan Beijing melalui sistem penapisan yang dikenali sebagai ‘Great Firewall of China’ atas alasan menyekat kandungan sensitif ke negara itu. Pengguna internet hanya boleh akses laman yang disekat melalui VPN (rangkaian persendirian) sahaja.
China merupakan antara negara yang sentiasa menjadi pemerhatian firma teknologi negara lain kerana kemampuannya.
Sebuah filem dengan tema anti-Facebook ternyata malah popular di Facebook. Seperti apa?
Seperti yang dikutip dari Scotsman, filem berjudul "You Need to Get Off Facebook" itu telah menjadi salah satu sensasi internet terbaru, dengan majoriti orang melihatnya di Facebook.
Filem YouTube tersebut dibuat oleh seorang guru dari Skotland yang tinggal di Korea Selatan. Filem ini bercerita tentang bahaya menggunakan situs jejaring sosial. You Need to Get Off Facebook di YouTube sudah ditonton oleh lebih dari 2,5 juta kali.
You Need to Get Off Facebook yang berdurasi enam minit tersebut berisi pesan-pesan bertuliskan 'Anda tidak memiliki 852 teman, 'Orang-orang ini sedang melihat dan menilai foto anda'.
Ross Gardiner, 24 tahun, dari Ballachulish, yang membuat filem You Need to Get Off Facebook.
Filem You Need to Get Off Facebook ditayangkan dalam sebahagian acara dokumenteri BBC2 mengenai pendiri Facebook, Mark Zuckerberg. Ironisnya, ribuan orang memposting filem tersebut di profil Facebook mereka.
Gardiner mengakui bahawa dulu ia sangat ketagih dengan Facebook. Kini ia tidak lagi menggunakan Facebook.
Selain itu Gardiner juga sangat tersanjung atas besarnya respon dari filem tersebut. "Saya tidak habis fikir, mengapa responnya boleh sebesar itu," ungkapnya.
Berikut Film You Need to Get Off Facebook diambil dari youtube :
Assalamualaikum... entri kali ini agak panas membara. Seorang gadis melayu bangga memberitahu bahawa beliau tiada dara kepada kawan-kawan facebooknya. MasyaAllah. sudah akhir zaman gamaknya sehingga perkara seperti ini dijadikan sau isu yang remeh.