Wednesday 11 April 2012

Pelajar Maut Selepas Makan Nasi Lemak


TANGKAK: Kira-kira 25 pelajar sekolah mengalami keracunan makanan selepas makan nasih lemak dan murtabak yang dibeli di sebuah pasar malam di sini.
Hampir kesemua pelajar terbabit diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tangkak bagaimanapun seorang pelajar tahun satu dilaporkan meninggal dunia.
Difahamkan, Fakhira Barisya Zainal Abidin, 7, bapa dan ibunya mengalami keracunan makanan yang serius selepas makan nasi lemak di sebuah gerai di pasar malam berkenaan.
Menurt bapa saudaranya, Mohammed Fadzir Moktar, 27, bapa kanak-kanak tersebut Zainal Abidin Alami,35 dan ibunya dimasukkan ke wad Hospital Putra di Batu Pahat.
Beliau berkata, Zainal Abidin yang juga seorang Pensyarah Kolej Mara di sini, membeli nasi lemak tersebut daripada sebuah gerai pada 31 Mac lalu dan mengalami cirit-birit selepas itu.
“Apabila ayahnya pergi melihat Fakhira Barisya pada waktu pagi 2 April lalu, dia telah pun meninggal dunia,” kata Mohammed Fadzir pada Isnin.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Robia Kosai berkata Jabatan Kesihatan telah menggantung lesen peniaga berkenaan buat sementara waktu.
Ketu Polis Daerah :edah, Supritendan Haron Idris berkata pihak polis masih belum mengenalpasti punca kematian kanak-kanak tersebut.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com