Wednesday 11 April 2012

Stesen TV Dan Radio Di Arah Hentikan Watak Pondan

Inilah tajuk yang menjadi perdebatan diantara pengguna laman sosial facebook,apabila moderator Facebook Jabatan Penerangan Malaysia telah membuat satu entri yang berunsurkan arahan penguatkuasaan penayangan karektor pondan,ataupun lelaki lembut di siarkan menerusi stesen tv mahupun radio di hentikan serta merta
Meskipun begitu ianya telah mendapat reaksi yang positif dan negatif.Bagi yang tidak menyokong mereka beranggapan golongan yang disebutkan itu bukanlah punca utama gejala itu berlaku,tambah mereka lagi,punca berlakunya gejala berikut adalah meluas bukan hanya dari pengaruh watak itu
Disamping itu mereka minta pihak yang berwajib mengkaji semula usul yang dibentangkan
Rupanya status yang mengundang pelbagai pendapat ini hanyalah satu topik perbincangan yang diadakan oleh pihak yang berkaitan apabila moderator laman terbabit mengemaskini status lain
Ekoran status terkini ini,timbul pula tanda tanya mengenai isu yang telah dibentangkan,dan ini mungkin telah mewujudkan kekeliruan mengenai status sebenar disebalik menghentikan rancangan yang memaparkan karektor pondan melalui saluran yang dinyatakan – Enciknakal

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com