Sunday, 20 May 2012

Leuniey Sahkan Dia Bukan Kekasih Khairul Fahmi!

Kecoh sebelum ini dengan kontroversi percintaan terbaru Apek atau Khairul Fahmi Che Mat yang tersebar di laman maya.
Fitnah yang bermula dari sebuah laman Twitter bernama @MahsiH2 telah tersebar dengan pantas di forum dan laman-laman hiburan tempatan. Bagi yang belum sempat membacanya, artikel sebelum ini bertajuk Panas: Khairul Fahmi Kini Bercinta Dengan Gadis Kelantan Baru Bernama Leuniey?
Menurut Kosmo! Online , ketika berlangsungnya sidang akhbar bertempat di butik Leuniey atau nama sebenarnya Eilunie Natasha Nazri, 21, gadis ini telah menafikan segala tuduhan mengenai isu putus tunang yang dihadapinya. Antaranya ialah dia menafikan bahawa penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat ialah punca dia putus tunang.
“Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Apek.”- dipetik dari Kosmo! Online
Jadi segala fitnah dan khabar angin mengenai tuduhan Leuniey mempunyai hubungan dengan Apek adalah tidak benar dan OHBULAN! harap, Dahlia Teck juga sudah mendapat jawapan dari Apek mengenai status hubungan mereka berdua.
Untuk pengetahuan, ibu bapa Leuniey, Nazri Adnan, 43, dan Noor Laila Abu Bakar, 43, serta pengurus syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn. Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd. Yusof mempunyai hubungan yang rapat dengan Apek.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com