Saturday, 19 May 2012

Peneroka ‘Muka Tembok’ Kutip Durian Runtuh

Peneroka 'Muka Tembok' Kutip Durian Runtuh

(Gambar dan Teks Petikan Utusan Malaysia)
KUALA KRAU 17 Mei – Dulu dua peneroka ini adalah antara lapan orang yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB).
Namun hari ini, mereka menebalkan muka dan menelan segala tohmahan yang mereka lontarkan sebelum ini apabila tampil mengambil cek durian runtuh fasa pertama sebanyak RM5,000.
Dua peneroka berkenaan ialah Abdullah Mohd., 60, dari Rancangan Jengka 15 dan Idris Mat Sah, 61, dari Jengka 14.
Abdullah mengambil cek tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari manakala Idris pada pukul 2.30 petang.
Menariknya, ‘modus operandi’ mereka terdapat persamaan apabila kedua-duanya datang ke Pejabat Pengurus Felda masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa.
Seperti ‘malu-malu tetapi mahu’, pelbagai alasan diberikan termasuk mempunyai urusan lain untuk membolehkan mereka segera meninggalkan pejabat pengurus.
Bagaimanapun, Abdullah masih sempat ‘ditarbiah’ terlebih dahulu ketika mengambil cek berkenaan oleh Pengurus Jengka 15, Ab. Rasib Che Awang.
Abdullah diingatkan supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku supaya tidak mendengar dakwaan dan fitnah pihak luar.
Peneroka itu yang juga seorang pemilik kedai barang binaan turut diingatkan bahawa Felda tidak menipu peneroka selepas pembangkang mendakwa wang tersebut hanya janji kosong.
Di Jengka 14 pula, situasi mencuit hati berlaku apabila Idris pada mulanya buat-buat bertanyakan wang lebihan hasil sebaik sahaja datang ke pejabat pengurus.
Seakan menyedari tidak ramai mata yang melihat, Idris yang datang bersama-sama seorang rakan sealirannya cepat-cepat bertanyakan cek durian runtuh.
Sementara menunggu proses menandatangani dokumen berkaitan, mereka sempat ‘dibasuh’ berhubung kesilapan menghalang penyenaraian FGVHB.
Abdullah dan Idris dijemput mengambil cek durian runtuh fasa pertama itu pada majlis penyerahan semalam yang disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said.
Namun kedua-duanya bersama tiga lagi peneroka Jengka 15 yang turut memfailkan injunksi menghalang penyenaraian FGVH, tidak hadir.
Sebelum ini terdapat lapan peneroka iaitu lima dari Jengka 15, dan masing-masing seorang dari Jengka 14, Jengka 4 dan Jengka 17 memfailkan injunksi berkenaan.
Namun bagi penyerahan cek durian runtuh fasa pertama itu, hanya enam yang terlibat manakala dua lagi iaitu Rokiah Sulong dari Jengka 15 terlibat untuk fasa kedua manakala Rosdi Ismail juga dari rancangan sama merupakan penerima fasa ketiga.
Sehingga pejabat pengurus Jengka 15 ditutup pada pukul 5 petang ini, dua peneroka lain belum mengambil cek berkenaan iaitu Alias Ibrahim dan Abd. Rahim Abd. Rahman.
Sementara itu, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, cek kepada dua peneroka dari Jengka 17 dan 4 boleh diambil pada majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Kepada dua peneroka Jengka 15 itu yang belum mengambil cek, mereka boleh datang ke pejabat pengurus untuk mengambilnya,” katanya.

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————
Sementara itu, Malaysiakini seperti biasa cuba menjadi hero memenangkan pembangkang mendapatkan komen Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, semua peneroka tanpa mengira sama ada mereka menyokong atau menolak penyenaraian FGVH berhak mendapat wang RM5,000 yang diberikan Felda sempena cadangan penyenaraian itu.
Menurutnya, wang itu berasal dari Felda sendiri kerana penyenaraian FGVH masih belum berlaku dan sehingga kini tiada wang dijana daripada cadangan itu.
Iyelah..Mazlan Aliman nak cakap apa lagi kan? Mestilah sebut hak dan apalah. Sedangkan kalau tak ambik cek tu pun boleh kan, sebab macam mana pun ia tetap berkaitan dengan penyenaraian FGVH yang muka-muka ni beriya-iya nak halang dulu.
Kalau ikut cakap mazlan ini maksudnya, bila FGVH dah senarai nanti peneroka muka tembok kena pulangkan balik ke duit-duit yang diaorang ambik sekarang ini?

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com