Wednesday 2 May 2012

Rozita Che Wan Dan Beego Sedang Hangat Bercinta?

Belum sahaja reda tentang gosip yang mengatakan Rozita Che Wan merupakan isteri kepada Datuk K, iaitu suami kepada Datuk Siti, kini timbul pula gosip baru tentang Cik Ta kita bermesra dengan Beego di salah sebuah premis hiburan di ibu negara baru-baru ini.
Khabarnya ada seseorang nampak mereka keluar berpimpin tangan selain kelihatan mesra semacam bersama di premis hiburan itu. Kalau hubungan biasa antara pelakon, tidak mungkin mereka akan berpimpin tangan bukan? Bercinta ke Cik Ta kita dengan si Beego ni? 
Selain itu, ada khabar juga yang mengatakan melihat Rozita Che Wan dan juga Beego menghadiri majlis perkahwinan di sebuah kampung bersama. Wah… sudah berani menghadiri majlis bersama, apa tandanya itu ya?
Nampaknya, kehadiran gosip baru ini, dapat melenyapkan khabar angin yang kononnya Rozita Che Wan sudah menjadi isteri Datuk K sekaligus menarik balik tawaran RM 100, ooo bagi sesiapa yang dapat membuktikan perkahwinan mereka.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com