Thursday 24 May 2012

Rumah Urut Menguntungkan Rakyat

Rumah Urut Menguntungkan Rakyat



SESEORANG memaklumkan penulis bahawa Utusan Malaysia semalam melaporkan tentang pembukaan pusat-pusat urut untuk kesihatan (atau biasa digelarkan sebagai rumah urut) di kawasan luar bandar dalam negeri Selangor sebagai sebahagian daripada laporan khas mereka.
Seperti biasa, kalau apa-apa yang membabitkan Utusan, niat dan tujuan penulisannya sudah tentulah berniat jahat dan semata-mata untuk menjatukan imej kerajaan Pakatan Rakyat, dalam hal rumah urut ini kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sebagai sebuah akhbar yang dimiliki UMNO, sudah tentulah Utusan tidak berminat mengambil tahu alasan disebalik pembukaan rumah urut tersebut, sebaliknya mereka lebih berminat untuk mempolitikkan sahaja isu itu.
Antara justifikasi yang tidak diambil peduli oleh Utusan ialah, semua rumah-rumah urut ini, tidak mengira lokasi (luar bandar atau dalam bandar) adalah dibuka dengan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, bertujuan untuk meningkatkan kesihatan penduduk Selangor.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

2 comments:

  1. "bertujuan untuk meningkatkan kesihatan penduduk Selangor." BANGGANG PUNYE PENULIS.. YANG TUKANG URUTNYE PEREMPUAN SIAM... YANG PI NGURUTNYE LAKI ORANG... ADE KE BDK2 KE... BINI ORG PI NGURUT??? BODOH... PNDAI LA KO NAK MENGHALALKAN BNDA YG HARAM! JUSTIFIKASI KONON...

    ReplyDelete
  2. kan penulis memberi kenyataan perli. bodoh betul yang komen marah2.

    ReplyDelete

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com