Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, 1 July 2012

Najib boleh kata apa saja tapi dia silap besar kalau dia ingat orang nak percaya setiap apa yang dia cakap.

Kalau penyokong dan ahli Umno yang bangang mungkin kut akan percaya apa saja yang Najib kata tapinya tak nanti ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, ahli dan penyokong Umno BN yang celik politik pun payah nak percaya apa yang Najib cakap.

Realitinya, orang yang cerdik politik tentu dapat baca apa sebenarnya realiti sebenar dari ucapan Najib. Tambah-tambah pulak alasan yang Najib guna tu cukup lemah. 
Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001

mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Cara Najib jawab soalan pemberita tu langsung tak meyakinkan. Memang nampak sangat yang sebenarna Najib tak berani lagi nak bubar parlimen dan adakan RPU13.

Semua orang yang celik politik boleh baca tindakan Najib bagi 'gula-gula' kepada rakyat sebelum ni memang tujuan dia untuk tingkatkan sokongan rakyat kepada Umno BN.

Mula-mula Najib bagi RM100 kepada semua pelajar konon nak membantu ibubapa sediakan keperluan kepada pelajar. Kalau betul nak bantu Najib patutnya bagi cuma kepada pelajar yang perlukan bantuan tapi pasai apa dibagi kepada semua pelajar.

Bila Umno BN nampak pemberian tu macam takdak kesan, Najib bagi pulak BR1M, RM500 kepada semua ketua keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan.

Bila nampak sokongan dari masyarakat Felda yang selama ni jadi 'fix deposit' kepada Umno BN sedikit tergugat, Najib bagi pulak 'durian runtuh' kepada masyarkat peneroka Felda.

Cuma isunya sekarang ni berapa ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang celik politik dan berapa ramai pulak yang berani untuk bagi peluang kepada Pakatan Rakyat pulak untuk menerajui kerajaan pada PRU13 nanti.




Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/memang-nampak-sangat-najib-tak-berani.html#ixzz1zIMdj990

Memang nampak sangat Najib tak berani nak bubar parlimen

Kemarin aku berkesempatan tengok sendiri suasana program PAS di Johor, negeri kelahiran Umno yang pemimpin Umno sendiri kata depa masih yakin akan tetap jadi 'fix deposit' untuk Umno pada PRU13 nanti.

Ada 3 program semalam, yang pertama program TG Nik Aziz bersama anak-anak Johor di perantauan yang diadakan di padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas. Yang kedua program TG Nik Aziz dengan masyarakat cina di sebuah restoren di Danga Bay dan yang ketiga Himpunan Hijau di dataran Taman Dahlia. Aku berkesempatan pi 2 program, di PR Kempas dan di dataran Dahlia.

 Dari segi kehadiran aku rasa menggambarkan peluang untuk Pakatan Rakyat tawan Johor nampak macam masih jauh tapi untuk tambah kerusi memang agak meyakinkan.  
Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001
Masa program di PPR Kempas walaupun program tu program anak kelantan di Perantauan tapi muka-muka yang aku tengok hadir lebih kepada penduduk PPR Kempas tu. Mungkin ada jugak warga Kelantan yang tinggal di Johor yang hadir tapi aku rasa tak ramai. Yang ramainya aku yakin orang yang tinggal di PPR Kempas tu.

Muka-muka hadirin program di PPR Kempas.
Kalau betul telahan aku nampaknya PAS semakin dapat diterima di Johor. Kalau dengar ucapan Suhaizan yang boleh sebut beberapa nama wakil PPR Kempas tu nampak macam Shuhaizan memang buat enggagement dan memang nampak diterima baik masharakat PPR Kempas tu.

Kalau itu boleh menggambarkan carakerja Shuhaizan aku tak heran kalau PAS menang di Dun kempas masa PRU13 nanti.

Pada program sebelah malam di dataran Taman Dahlia, kehadiran memang cukup menggalakkan. Salahuddin sendiri komen kata kalau ikut standard Johor kehadiran macam tu dah memang boleh dianggap hebat.
 

Memang la tak boleh nak lawan kehadiran program ceramah di Taman Melewar atau di Kota Bharu atau di Kuala Terengganu tapi ikut standart negeri yang didakwa 'fix deposit' Umno BN, kehadiran yang katanya melebihi 10,000 orang tu memang melebihi jangkaan.

Cumanya pada aku kehadiran sebanyak tu untuk program peringkat negeri membayangkan peluang Pakatan Rakyat untuk tawan Johor nampak macam masih jauh.

Apa pun, ahu harap telahan aku tu tersasar. Mana tau cara orang negeri 'fix deposit' Umno BN ni tak sama macam negeri-negeri lain. Dan tak mustahil Johor pada PRU13 nanti boleh jadi macam Perak masa PRU12 yang lepas.

Sumbar imej: Nusajayakini



Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/rupa-sambutan-rakyat-negeri-fix-deposit.html#ixzz1zIMQdni0

Rupa sambutan rakyat negeri 'fix deposit'' di program PAS


Sedikit terkejut jugak aku bita terbaca laporan berita pasai Adun dari Umno cadangkan dalam Sidang DUN Johor supaya Johor laksanakan hukum hudud, nak jadi negeri pertama yang jalankan hukum hudud di Malaysia.

Benda yang pertama yang mai dalam kepala aku, takkan kut Umno Johor dah tertekan sangat dengan pengaruh PAS di Johor sampai macam tu sekali.

Takkan kut tindakan Salahuddin Ayub buat keputusan nak bertanding di Johor bagi kesan sampai macam tu punya besar kepada Umno Johor. 

Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001
Pasainya selama ni pendirian rasni Umno tak pernah setuju nak laksanakan hukum Hudud. Alasan depa kata hudud yang PAS bentangkan di Kelantan dan Terengganu dulu sebagai 'hudud PAS' cuma alasan untuk depa tolak hudud, supaya orang Islam yang perihatin terutama dari kalangan ahli dan penyokong Umno tak marah.

Realitinya Umno secara rasminya memang nampak sangat takmau undang-undang hudud terlaksana di mana-mana negeri di Malaysia dan tentunya di peringkat persekutuan jugak.

Pasainya, kalau undang-undang hudud dilaksanakan, yang paling utama sekali pemimpin Umno kebanyakkannya kena ubah cara hidup, cara hidup kebanyakkan depa sekarang ni memang melayakkan depa dihukum dengan hukuman hudud kalau didakwa.

Lagi satu kalau hukuman hudud berjalan di Malaysia, maknanya kejayaan yang besar untuk PAS, satu cita-cita tak bertulis PAS yang semua orang sedar samada pemimpin PAS mengaku atau tidak.

Apa pun, aku harap 2 orang wakil PAS yang ada dalam DUN Johor akan sokong cadangan Adun Umno ni, sokong dulu cumanya janganlah pulak sokong 100%, nak kena ada 'tapi' jugak sikit sebanyak. Tapinya kena pastikan sokongan tu kena lebih ditekankan dari 'tapi' tu.

Walaupun aku yakin Umno takkan berani buat tapi KALAU betul Umno Johor berani buat, PAS patut ucap terima kasih banyak-bayak kepada Umno Johor pasai bukak jalan perlaksanaan udang-undang hudud.

Pasainya dah tentu punya akan timbul bermacam-macam masalah dari sudut perlaksanaan. PAS cuma nantinya perlu 'alignment' bagi selari dengan kehendak pendapat jumhur ulama'.

Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini]



Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/umno-johor-dah-terdesak-sangat-dah-ka.html#ixzz1zIM6ve00

Umno Johor dah terdesak sangat dah ka?

Friday, 15 June 2012

Tapi seriously kenapa sejak dua menjak ini banyak perang bendera. Bukankah bendera politik tak boleh diletakkan di tepi jalan kecuali masa pilihranraya? Syabas Perbadanan Putrajaya dan kain rentas menganjing mereka.

Thanks @hm3ng for the tip




Laporan asal twitter @hm3ng 

Kain Rentang Paling Menganjing Di Putrajaya

Thursday, 24 May 2012

Rumah Urut Menguntungkan Rakyat



SESEORANG memaklumkan penulis bahawa Utusan Malaysia semalam melaporkan tentang pembukaan pusat-pusat urut untuk kesihatan (atau biasa digelarkan sebagai rumah urut) di kawasan luar bandar dalam negeri Selangor sebagai sebahagian daripada laporan khas mereka.
Seperti biasa, kalau apa-apa yang membabitkan Utusan, niat dan tujuan penulisannya sudah tentulah berniat jahat dan semata-mata untuk menjatukan imej kerajaan Pakatan Rakyat, dalam hal rumah urut ini kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sebagai sebuah akhbar yang dimiliki UMNO, sudah tentulah Utusan tidak berminat mengambil tahu alasan disebalik pembukaan rumah urut tersebut, sebaliknya mereka lebih berminat untuk mempolitikkan sahaja isu itu.
Antara justifikasi yang tidak diambil peduli oleh Utusan ialah, semua rumah-rumah urut ini, tidak mengira lokasi (luar bandar atau dalam bandar) adalah dibuka dengan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, bertujuan untuk meningkatkan kesihatan penduduk Selangor.

Rumah Urut Menguntungkan Rakyat

Hujah 'Berdegar-Degar' Hakikatnya Tadika Pun Tak Boleh Nak Bagi Percuma, Apa Cerita Tuan?

Fakta yang tertera daripada gambar di atas bukan diberikan oleh Khairy Jamaluddin, bukan diberikan oleh Rafizi Ramli sendiri, tetapi oleh ‘tuan tanah’ yang bernama Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu Menteri Besar Selangor yang juga ‘orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kalau kita hanya menggunakan pertimbangan emosi, rasanya Rafizi dalam perdebatan semalam boleh diangkat menjadi juara kerana dia telah menggunakan platform debat itu untuk menghentam Khairy secukup-cukupnya.
Debat yang pada mulanya memfokuskan isu PTPTN akhirnya bertukar medan untuk mengangkat dirinya, menyentuh ‘peribadi’ Khairy dan seterusnya memetik angka-angka yang ‘menggerunkan’ untuk mengutuk kerajaan pemerintah dan menggunakan angka-angka yang ‘menggembirakan’ untuk mendapatkan sokongan buat diri dan parti yang diwakilinya.
Rasanya tak perlu kita pergi dengan lebih ‘detail’ kerana segala ‘mak nenek’ yang didebatkan semalam boleh diikuti di internet, malah klip video mengenai debat itu sehingga petang ini sudah banyak dimuat naik dan boleh diikuti tanpa halangan.
Cuma memang nak ketawa pun ada juga, di sebalik hujah yang ‘berdegar-degar’ dan janji yang dilaungkan oleh Rafizi dalam debat semalam, ia akhirnya ‘dimatikan’ dengan satu ‘point’ yang cukup mudah dan ringkas oleh Khairy
Ia boleh diikuti dalam klip di bawah, pergi ke 1:22:47….anda akan jumpa apa yang dia katakan itu.
” Jangan cakap pendidikan universiti secara percuma,  janji nak beri pendidikan percuma kepada kanak-kanak tadika pun tak dapat dilaksanakan,” katanya sebelum mengakhiri hujahnya.
Menariknya, Rafizi sebelum itu memindahkan ‘dosa’ PTPTN kepada kepada kerajaan persekutuan.
Mungkin dia lebih awal lagi menyedari ‘ketempangan’ hujah yang dia laung-laungkan dalam debat berkenaan.
Katanya, kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang dan itu pastinya tidak mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.
“Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.
“Berapa sen sangatlah kami (pembangkang) dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita bermasalah kerana mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada Barisan Nasional,” katanya.
Baik sebelum artikel ini tamat, kita ulang kembali apa yang pernah dikatakan oleh Menteri Besar Selangor sebelum ini.
Jelas Khalid, pada tahun 2010 saja, Selangor mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi dalam negara selepas Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 22.56 peratus.
Malah, tambahnya dalam tempoh empat tahun memerintah Kerajaan Selangor telah menerima jumlah pelaburan melebihi RM36 billion dan sepanjang tempoh itu juga kerajaan berjaya membuka sebanyak 95,013 peluang pekerjaan.
“Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakar pembangunan negeri melalui program yang memberi kesan langsung kepada kebajikan rakyat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” ujarnya yang dipetik dalam Harakah.net.
Kesimpulannya, kalau dengan jumlah pelaburan lebih 36 billion yang diterima kerajaan Selangor pun, mereka masih belum dapat memberikan pendidikan percuma kepada tadika, rasa-rasanya RELEVAN tak semua hujah-hujah Rafizi malam tadi?
Entahlah, kita bukan akauntan….

Hakikatnya Tadika Pun ‘Mereka’ Tak Boleh Nak Bagi Percuma, Apa Cerita?

Monday, 21 May 2012

Abby Bukan Hendak Join PAS, Sekadar Kongsi Pengalaman

Penyanyi dan pelakon terkenal, Abby Abadi mengesahkan bahawa kemunculannya di Abby memberi ceramah di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang beberapa hari lalu bukan bermakna dia menyertai parti itu.
Melalui akaun twitter miliknya, Abby meluahkan rasa kecewa dengan pihak-pihak yang memusing cerita sebenar dan menyebarkan kononnya dia akan menyertai parti PAS tidak lama lagi.
Abby menafikan pekara itu dengan sekeras-kerasnya.
Sebalik, Abby menjelaskan, dia telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai hijrah dirinya ke arah yang lebih baik.
Berikut adalah Twitter Abby yang menjelaskan dia tidak akan menyertai PAS.

Abby Bukan Hendak Join PAS, Sekadar Kongsi Pengalaman

Monday, 9 April 2012

Jangan Ada Amoi Pakai Skrit Pendek Masuk Masjid Pulak Nanti
Setelah masyarakat Islam secara umumnya menjauhkan diri daripada isu Lynas selepas Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat mengesahkan kilang berkenaan bukan loji nuklear, kini kaedah agak radikal hendak digunakan untuk menarik masyarakat berkenaan ke dalam isu itu.
Terbaru sudah ada rancangan untuk menjadikan masjid-masjid terpilih di seluruh negara pada 13 April ini sebagai lokasi demostrasi anti Lynas.
Mengapalah harus dibawa ke masjid? Di luar masjid atau dalam kawasan masjid tidak penting, tetapi berhampiran masjid pada waktu sembahyang Jumaat…itu pun sudah melampau.
Kita semua tahu DAP adalah tunjang di belakang penentangan terhadap kilang Lynas di Gebeng.
PKR dan sebahagian kecil ahli PAS dan masyarakat Islam digunakan untuk faedah DAP. Mereka cuba dijadikan public face untuk isu yang sengaja diputar belitkan.
Dan semua tahu penutupan kilang Lynas di Gebeng akan menguntungkan negara China untuk terus kekal sebagai pengeluar terbesar komponen strategik iaitu nadir bumi di peringkat global.
Kilang Lynas adalah salah satu daripada dua kilang nadir bumi yang dibangunkan untuk memecah monopoli negara China terhadap bahan penting itu.
Besar jasa siapa yang dapat bantu China bukan.
Entah la apa nak kata. Kalau ada sesiapa yang hendak percaya kepada anti Lynas, itu terpulang.
Tengok klip di bawah, lihat keikhlasan Che Rosli. PAS pun satu hal siap bagi amaran jangan bercakap pasal Lynas kepada beliau. Mengapa hendak bagi amaran kepada seseorang yang berilmu dalam bidangnya dan hendak bercakap benar?
Apa pun, beliau tahu apa yang benar berkaitan Lynas. Yang tidak faham cuma Lim Kit Siang dan Guang Eng serta kuncu-kuncu mereka.
Sampai hari ini, belum ada sebarang fakta saintifik dibawa mana-mana pihak anti Lynas untuk mengesahkan dakwaan mereka bahawa Lynas adalah merbahaya.
Sedangkan saintis-saintis dan badan dunia (IAEA) dalam bidang berkaitan mengesahkan Lynas selamat. TAK FAHAM BAHASA LAGI KE?
Untuk anti Lynas, yang ada hanyalah cakap-cakap berdasarkan persepsi yang sengaja diwujudkan dan banner penentangan berwarna-warni.
Dan bila semua itu gagal, sekarang masjid pula hendak digunakan. Apasal DAP terlalu berminat dengan masjid?
Kalau tak faham sensitiviti pun, tolonglah pastikan jangan sampai ada amoi pakai skrit masuk masjid masa orang Islam bersembahyang Jumaat nanti. Tolong ok…

Jangan Ada Amoi Pakai Skrit Pendek Masuk Masjid Pulak Nanti

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com