Berlangsung sudah dengan selamat akhirnya majlis penting buat Awal Ashaari atau nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari & Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha al-Yahya) yang selamat diijabkabulkan sekitar 9.20 malam ini di Putrajaya.
Dengan sekali lafaz, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis ringkas yang di’hadiri kira kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,050 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Scha al-Yahya menghantar 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang.
Majlis pernikahan mereka malam ini berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya manakala resepsi perkahwinanmereka bakal berlangsung pada 6 Mei ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha al-Yahya iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh jurukinah daripada Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI), Mohd Salman Idrus.
Tahniah diucapkan, semoga berkekalan hingga keakhir hayat.
Post a Comment