Saturday 19 May 2012

Terlanggar isteri

IPOH – Kecuaian seorang lelaki warga emas mengundur kereta tanpa melihat ke belakang menyebabkan isterinya maut dalam kejadian yang berlaku di hadapan rumah mereka di Taman Buluh Mas, Taman Pertama, di sini, pagi kelmarin.
Mangsa, Wong Foo Mei, 74, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada hari yang sama.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata, dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, suami mangsa, Lee Lan Ching, 77, dikatakan tidak menyedari kehadiran isterinya sewaktu mengundurkan kenderaan.
Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperolehi, suami mangsa yang panik turut melanggar pondok di taman berhampiran rumah mereka sehingga rosak.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa, Foo Mei, berada di belakang kereta ketika suaminya sedang mengundurkan kereta lalu terlanggarnya.
“Akibat rempuhan itu mangsa yang cedera parah dikejarkan ke HRPB untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.35 pagi semalam,” katanya.
Beliau berkata, kemalangan itu tiada unsur jenayah kerana pasangan warga emas berkenaan tidak mempunyai masalah keluargan, namun siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com