Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

Malang tidak berbau. Itulah perumpaan yang boleh diungkapkan apabila lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.  Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.
Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak

100 Rentung Ketika Cuba Cedok Minyak Tumpah Di Nigeria!!!

Tuesday, 24 July 2012

Menurut info..Vios ni sebenarnya terbabas dan spin lalu melambung naik atas tembok tu...bukan turun dari atas bukit tu...atas bukit tu ladang sawit...kejadian berlaku di jalan nitar - mersing,johor...makcik baju hijau tu yg bawa vios ni...

Siapa yang tinggal di Felda Nitar 1 @ 2 boleh bagi pencerahan jika mengetahui kejadian ini...



Kemalangan Aneh, Toyota Vios Memanjat Tembok

Monday, 16 July 2012


Seorang pemandu trak yang membawa ikan sardin telah menyebabkan jam teruk di highway berdekatan Kolobrzeg, Poland. Pemandu tersebut terlupa untuk menutup pintu blakang trak dan menyebabkan lebih 24 tan ikan sardin tumpah di atas jalan raya tersebut. 

Pengguna jalan raya tersekat beberapa jam oleh kerana proses membersihkan ikan yang berselerak lebih 200 meter di atas jalan tersebut mengambil masa yang agak lama.


Ikan Sardin Seberat 24 Tan Tumpah Di Atas Jalan

Saturday, 2 June 2012

17 Cedera Dalam Kemalangan Acara Drag
PUTRAJAYA – Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.
“Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri. Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.
Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.
Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur, beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.
Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton, katanya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. – BERNAMA

17 Cedera Dalam Kemalangan Acara Drag

Monday, 21 May 2012

VIDEO NGERI: Langkah Keselamatan Jika Berlaku Kemalangan/ Kerosakan, JANGAN JADI MACAM NI!

Ramai pengguna jalan raya yang panik bila terlibat dalam kemalangan.
Disebabkan kecuaian dan kealpaan, ramai yang tersilap langkah hingga menjadikan satu-satu situasi kecemasan itu menjadi semakin ‘haru-biru’ dan membahayakan pula pengguna jalan raya yang lain.
Lihatlah klip video di bawah, ia adalah AKIBATNYA sekiranya kita tidak berhati-hari dan mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya bila terlibat dalam kemalangan atau pun kenderaan kita mengalami kerosakan di jalan raya.

Berikut adalah panduan sekiranya anda mengalami saat-saat cemas semasa di jalan raya;
Melindungi tempat kejadian
* Sekiranya anda melihat kemalangan semasa memandu, pastikan kenderaan yang berlanggar itu dapat dilihat dengan jelas. Nyalakan lampu kecemasan dan juga lampu besar, dan pasangkan segi tiga amaran kecemasan sekiranya ada
* Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengelakkan kebakaran daripada berlaku dan juga mengelakkan kenderaan lain daripada melanggar kereta yang terlibat. Periksa sama ada kenderaan yang berlanggar itu bebas dari sebarang bahan-bahan bahaya.
* Perkara yang seterusnya adalah untuk menghentikan kenderaan yang terlibat daripada bergerak, (anda tidak sepatutnya menghampiri kenderaan yang terbakar kerana kereta itu mungkin boleh meletup secara tiba-tiba) sekiranya anda boleh melakukan perkara tersebut tanpa sebarang risiko. Matikan enjin kenderaan terlibat, (tinggalkan kunci di tempat asalnya dengan terkunci, jadi kenderaan boleh digerakkan apabila perlu).
* Pastikan kenderaan terlibat masih di dalam gear dan tarik brek tangan kenderaan tersebut. Sekiranya ini tidak boleh dilakukan, letakkan batu di bahagian tayar supaya kenderaan tidak bergerak. Sekiranya kenderaan itu terbalik, jangan cuba untuk membetulkan kedudukan kenderaan itu. Cuma pastikan yang ia tidak akan bergerak atau berguling lagi dengan meletakkan penahan.
Dapatkan bantuan dengan segera
* Hubungi servis kecemasan dengan segera (999) ataupun dapatkan bantuan orang lain untuk melakukan panggilan kecemasan.
* Tahan kenderaan yang lalu dan dapatkan bantuan orang lain untuk menghubungi 999.
* Pemanggil akan ditanya mengenai nombor pendaftaran kenderaan dan juga mangsa yang terlibat, tempat kejadian dan juga sama ada terdapat kebakaran ataupun sebarang bahaya yang lain.
* Adalah penting untuk menulis semua maklumat ini dan berikan mereka maklumat yang cukup. Contohnya seperti; kemalangan ini melibatkan sebuah kereta dan juga van, mempunyai 5 orang mangsa, 2 orang berada dalam keadaan tenat dan yang lain hanya mengalami kecederaan ringan. Lokasi adalah pada KM 16.5 lebuhraya Seremban . Kuala Lumpur ke bahagian selatan, berhampiran Nilai.
Akhir sekali pesanan dari Mynewshub.my…PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT!

VIDEO NGERI: Langkah Keselamatan Jika Berlaku Kemalangan/ Kerosakan, JANGAN JADI MACAM NI!

Saturday, 19 May 2012

Penoreh Maut Motosikal Diseret Lori
BESUT – Seorang penoreh maut apabila motosikalnya dirempuh lori dan diseret kira-kira 80 meter di Kilometer 93, Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Pekan Jabi di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Kamaruddin Zakaria, berkata Che Abdul Rani Che Wel, 53, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Kerandang menuju kebun getahnya di Kampung Pondok Nyamuk apabila kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 pagi.
“Mangsa cedera parah di kepala dan muka akibat jatuh diseret lori yang datang dari belakang, ” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mangsa meninggal di tempat kejadian.
Kamaruddin berkata, pemandu lori kecil berkenaan yang berumur 27 tahun kemungkinan mengantuk. – BERNAMA

Penoreh Maut Motosikal Diseret Lori

IPOH – Kecuaian seorang lelaki warga emas mengundur kereta tanpa melihat ke belakang menyebabkan isterinya maut dalam kejadian yang berlaku di hadapan rumah mereka di Taman Buluh Mas, Taman Pertama, di sini, pagi kelmarin.
Mangsa, Wong Foo Mei, 74, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada hari yang sama.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata, dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, suami mangsa, Lee Lan Ching, 77, dikatakan tidak menyedari kehadiran isterinya sewaktu mengundurkan kenderaan.
Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperolehi, suami mangsa yang panik turut melanggar pondok di taman berhampiran rumah mereka sehingga rosak.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa, Foo Mei, berada di belakang kereta ketika suaminya sedang mengundurkan kereta lalu terlanggarnya.
“Akibat rempuhan itu mangsa yang cedera parah dikejarkan ke HRPB untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.35 pagi semalam,” katanya.
Beliau berkata, kemalangan itu tiada unsur jenayah kerana pasangan warga emas berkenaan tidak mempunyai masalah keluargan, namun siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Terlanggar isteri

Kisah Sedih 6 Mei 2012 - Rakan Mangsa Perbetul Persepsi
Kisah sedih kemalangan yang meragut nyawa suami isteri dan mencederakan anak mereka yang berlalu 6 Mei lalu mendapat perhatian begitu ramai pembaca.
Di Mynewshub sahaja, hampir 96,000 share di Facebook dan 13,000 Like direkodkan dalam masa tiga hari ia dimuat naik. Ini memperlihatkan betapa kisah itu menarik perhatian pembaca.
Membaca kisah berkenaan, sebahagian kita tidak akan lari daripada mempersoalkan mengapa arwah memandu keretanya dengan begitu laju, terutama di kala anak dan isterinya ada bersama.
Disebabkan itu, wujud tanggapan negatif ke atas arwah di kalangan sebahagian pembaca. Wujud komen-komen yang diselubungi emosi marah.
Namun, seorang pemilik blog, Tentang A.Z.N.E.E mendakwa mengenali arwah dan menegur segelintir pembaca yang memberikan komen yang nyata tidak sensitif terhadap arwah dan keluarganya.
Pada peringkat ini, sebenarnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa yang benar, siapa yang salah dan apa yang berlaku pada tarikh 6 Mei berkenaan.
Berikut adalah petikan dari blog Tentang A.Z.N.E.E yang mempunyai versi tersendiri mengenai arwah yang dikenali dengan nama Kimie Rabudzi;
As salam semua..
Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan isterinya kembali ke rahmatullah… Rasa sedih tak hilang lagi dan sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian cerita di forum dan di blog tentang arwah…Yang mana, secara terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai penyebab kemalangan… Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk “Inpira vs Lancer….. very bad ending” secara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)
Pelbagai sumpah seranah, spekulasi dan andaian sendiri yang keluar tentang peribadi arwah… Kami yang rapat dengan arwah amat terasa sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan, belum lagi keluarga arwah sendiri… Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul…
Kawan baik kami, Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah kami, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dan beliau adalah ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham ‘sijil/lesen’ ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..
Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju ternyata adalah SALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang pemandu yang kaki rempit.. Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan isterinya. Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..
Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan dan sebagainya.. Dan lagi satu versi cerita, saya telah update dalam entry sebelum ni…


Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu… Cuba baca dengan teliti.. Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika itu, arwah sedang memotong bas dan diberi high beam…
Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.. Dengan keadaan jalan yang bergelumbang dan tiba2….
Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta, memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata “padan muka”..
Dalam hal ni, kita tak boleh nak kata.. “kalaulah itu, kalaulah ini…” sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi.. Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati…
Kisah Sedih 6 Mei 2012 - Rakan Mangsa Perbetul Persepsi
Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah (yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada’ dan qadar.. Daripada kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati.. Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.
Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.. Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah pergi… Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda terima..
Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Kimie Rabudzi dan isterinya..

Kisah Sebenar disebalik kemalangan di Lebuhraya LPT

Wednesday, 4 April 2012

Sungguh ngeri..






[Gambar] Kemalangan ngeri di gilis trak

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com