Ada 3 program semalam, yang pertama program TG Nik Aziz bersama anak-anak Johor di perantauan yang diadakan di padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas. Yang kedua program TG Nik Aziz dengan masyarakat cina di sebuah restoren di Danga Bay dan yang ketiga Himpunan Hijau di dataran Taman Dahlia. Aku berkesempatan pi 2 program, di PR Kempas dan di dataran Dahlia.
Dari segi kehadiran aku rasa menggambarkan peluang untuk Pakatan Rakyat tawan Johor nampak macam masih jauh tapi untuk tambah kerusi memang agak meyakinkan.
Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001
Masa program di PPR Kempas walaupun program tu program anak kelantan di Perantauan tapi muka-muka yang aku tengok hadir lebih kepada penduduk PPR Kempas tu. Mungkin ada jugak warga Kelantan yang tinggal di Johor yang hadir tapi aku rasa tak ramai. Yang ramainya aku yakin orang yang tinggal di PPR Kempas tu.Muka-muka hadirin program di PPR Kempas. |
Kalau itu boleh menggambarkan carakerja Shuhaizan aku tak heran kalau PAS menang di Dun kempas masa PRU13 nanti.
Pada program sebelah malam di dataran Taman Dahlia, kehadiran memang cukup menggalakkan. Salahuddin sendiri komen kata kalau ikut standard Johor kehadiran macam tu dah memang boleh dianggap hebat.
Memang la tak boleh nak lawan kehadiran program ceramah di Taman Melewar atau di Kota Bharu atau di Kuala Terengganu tapi ikut standart negeri yang didakwa 'fix deposit' Umno BN, kehadiran yang katanya melebihi 10,000 orang tu memang melebihi jangkaan.
Cumanya pada aku kehadiran sebanyak tu untuk program peringkat negeri membayangkan peluang Pakatan Rakyat untuk tawan Johor nampak macam masih jauh.
Apa pun, ahu harap telahan aku tu tersasar. Mana tau cara orang negeri 'fix deposit' Umno BN ni tak sama macam negeri-negeri lain. Dan tak mustahil Johor pada PRU13 nanti boleh jadi macam Perak masa PRU12 yang lepas.
Sumbar imej: Nusajayakini
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/rupa-sambutan-rakyat-negeri-fix-deposit.html#ixzz1zIMQdni0
Post a Comment