Sunday 24 June 2012

Saya tak kejam: Neelofa

KUALA LUMPUR: Sengketa antara tiga pelakon wanita terkenal tanah air, Neelofa, 23, dengan Anzalna, 23, dan Tasha Shilla, 25, mula menunjukkan perkembangan positif apabila ketiga-tiga aktres itu membayangkan hasrat untuk berdamai.


Walaupun meletakkan syarat, tindakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selaku orang tengah menemui ketiga-tiga pelakon muda terbabit untuk mendapatkan penjelasan ternyata membuahkan hasil apabila masing-masing bersetuju untuk segera menyelesaikan kemelut itu.
   
  • FotoNEELOFA... selesai cara baik
  • FotoANZALNA... tidak suka bermusuh
  • FotoTASHA SHILLA... sekadar gosip
Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 23, ketika dihubungi Metro Ahad berkata, dia tiada masalah untuk mengakhiri persengketaan itu dengan syarat tuntutannya dipatuhi.

Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima maklum balas notis tuntutan bukti yang dihantar peguamnya kepada Anzalna walaupun tempoh seminggu yang diberikannya berakhir Selasa lalu.



Lofa menerusi peguamnya pada 13 Jun lalu, menghantar notis menuntut Anzalna menunjukkan bukti terhadap dakwaan buruk mengenai dirinya yang disiarkan sisipan sebuah akhbar. - hmetro

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com