Sedikit terkejut jugak aku bita terbaca laporan berita pasai Adun dari Umno cadangkan dalam Sidang DUN Johor supaya Johor laksanakan hukum hudud, nak jadi negeri pertama yang jalankan hukum hudud di Malaysia.
Benda yang pertama yang mai dalam kepala aku, takkan kut Umno Johor dah tertekan sangat dengan pengaruh PAS di Johor sampai macam tu sekali.
Takkan kut tindakan Salahuddin Ayub buat keputusan nak bertanding di Johor bagi kesan sampai macam tu punya besar kepada Umno Johor.
Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001
Pasainya selama ni pendirian rasni Umno tak pernah setuju nak laksanakan hukum Hudud. Alasan depa kata hudud yang PAS bentangkan di Kelantan dan Terengganu dulu sebagai 'hudud PAS' cuma alasan untuk depa tolak hudud, supaya orang Islam yang perihatin terutama dari kalangan ahli dan penyokong Umno tak marah.Realitinya Umno secara rasminya memang nampak sangat takmau undang-undang hudud terlaksana di mana-mana negeri di Malaysia dan tentunya di peringkat persekutuan jugak.
Pasainya, kalau undang-undang hudud dilaksanakan, yang paling utama sekali pemimpin Umno kebanyakkannya kena ubah cara hidup, cara hidup kebanyakkan depa sekarang ni memang melayakkan depa dihukum dengan hukuman hudud kalau didakwa.
Lagi satu kalau hukuman hudud berjalan di Malaysia, maknanya kejayaan yang besar untuk PAS, satu cita-cita tak bertulis PAS yang semua orang sedar samada pemimpin PAS mengaku atau tidak.
Apa pun, aku harap 2 orang wakil PAS yang ada dalam DUN Johor akan sokong cadangan Adun Umno ni, sokong dulu cumanya janganlah pulak sokong 100%, nak kena ada 'tapi' jugak sikit sebanyak. Tapinya kena pastikan sokongan tu kena lebih ditekankan dari 'tapi' tu.
Walaupun aku yakin Umno takkan berani buat tapi KALAU betul Umno Johor berani buat, PAS patut ucap terima kasih banyak-bayak kepada Umno Johor pasai bukak jalan perlaksanaan udang-undang hudud.
Pasainya dah tentu punya akan timbul bermacam-macam masalah dari sudut perlaksanaan. PAS cuma nantinya perlu 'alignment' bagi selari dengan kehendak pendapat jumhur ulama'.
Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini] |
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/umno-johor-dah-terdesak-sangat-dah-ka.html#ixzz1zIM6ve00
Post a Comment