Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts

Friday, 1 June 2012

Gambar-gambar Aaron Aziz Yang Boleh Bikin Zed Zaidi Panasss...
Kali ini mungkinkah Zed Zaidi akan ‘angin’ satu badan lagi apabila melihat gambar-gambar terkini Aaron Aziz?
Mana tidaknya, Aaron Aziz kelihatan tampan bergaya berpakaian seperti chef menghiasi muka hadapan majalah Aroma.
Selain itu, Aaron turut menjadi duta produk yogurt keluaran tempatan. Inilah namanya rezeki.
Zed Zaidi yang sebelum ini sering mempersoalkan isu kebanjiran pelakon dari negara asing sangat memandang serius berkenaan peluang kerja kepada artis tempatan.
Zed Zaidi pernah ‘naik angin’ apabila Aaron dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011.
Beliau turut meminta rakyat Malaysia supaya sedar bahawa negara ini telah dijajah secara senyap menerusi bidang hiburan.
Selain itu, beliau telah mencabar Aaron untuk menunjukkan permit kerja dan sebagainya.
Mungkin pada dasarnya tindakan Zed Zaidi itu adalah bertujuan untuk membantu serta memberi peluang kerja kepada artis tempatan.
Namun, selepas beberapa isu yang mengaitkan status dan kerjaya Aaron di Malaysia, rezeki artis dari Singapura itu nampaknya semakin bertambah.
Namun, bak kata orang dalam bidang seni ini jika mempunyai bakat ditambah pula dengan ciri-ciri fizikal yang menawan, pastinya peluang kerja akan melimpah ruah.

Gambar-gambar Aaron Aziz Yang Boleh Bikin Zed Zaidi Panasss…

Foto Aaron Aziz Dan Isteri, Diyana Halik Di Mekah
Jika sebelum ini, para peminat ditaburkan dengan foto-foto Nora Danish dan Ady Putra menjalani umrah di Kota Suci, Mekah. Kali ini, OHBULAN! pasti para peminat sudah lama menunggu aktor kesayangan, Aaron Aziz pula memuatnaik foto dia dan isteri di Mekah.

Sedar tidak sedar, sudah 2 minggu semenjak Aaron Aziz dan Diyana Halik meninggalkan tanah air untuk mengerjakan umrah. OHBULAN! pasti mereka berdua bahagia dan lancar menjalani ibadah umrah.
Namun tidak banyak gambar yang dikongsikan oleh Aaron Aziz. Jom tengok! – (OHBULAN)

Foto Aaron Aziz Dan Isteri, Diyana Halik Di Mekah

Sunday, 20 May 2012

Sebelum berangkat, Aaron Aziz dalam status beliau di Twitter telah memohon maaf kepada semua pihak sekiranya pernah menguris hati sesiapa.
“Salam Semua. Sebelum kami ke tanah suci, kami ingin meminta maaf sekiranya ada tersilap kata atau menguris hati sesiapa. Terima kasih semua atas doa-doa anda. InsyaAllah kami akan doakan semua juga.. Take care.. Heartz deep deep”
Aaron Aziz bersama isterinya dijadualkan berangkat ke tanah suci Mekah hari ini untuk mengerjakan umrah selama 12 hari sehingga penghujung bulan Mei ini. Berdasarkan rekod kami, ini merupakan kali kedua pasangan suami isteri ini mengerjakan umrah.
Semoga mereka berdua dapat menjalankan ibadah umrah dalam keadaan tenang dan sejahtera.

Aaron Aziz Mohon Maaf

Saturday, 19 May 2012

Aaron Aziz Tunai Umrah Hari Ini

Nampaknya kontroversi demi kontroversi yang melanda bukanlah penghalang buat Aaron Aziz meneruskan perjalanan karier seninya.
Malah di sebalik kesibukan menjalani penggambaran drama dan filem, Aaron sempat menunaikan umrah bersama isterinya yang tercinta.
Beliau dijangka berada di tanah suci Mekah selama kira-kira 12 hari.
Aaron sempat berkongsi keterujaan untuk menunaikan ibadah itu bersama peminat-peminat dengan memuat naik gambarnya bersama isteri di profil Instagram sebelum mereka berlepas ke sana.
“Salam semua. Sebelum kami ke tanah suci, kami ingin meminta maaf sekiranya ada tersalah silap kata atau mengguris hati sesiapa. Terima kasih semua atas doa doa anda. InsyaAllah kami akan doakan semua juga.. Take care.. Heartz deep deep,” tulis Aaron.
Semoga mereka selamat pergi dan pulang daripada menunaikan ibadah tersebut, marilah kita doakan agar Aaron dan isterinya menunaikan ibadah umrah dengan sempurna.
Bermula dengan kontroversi nama sebenarnya yang dicanang hebat oleh orang ramai hinggakan rupa bentuk sebenar kukunya dikritik, terkini, isu tentang kerakyatan dan permit kerjayanya pula dipersoalkan selepas dia menang besar dalam ABPBH 2011 yang lalu.
Dalam perkembangan lain pula, rezeki Aaron dalam dunia hiburan semakin bertambah apabila dia terpilih untuk menjadi pengacara bagi program realiti TV, Fear Factor Asia.
Cuma buat masa ini, Aaron dikatakan masih lagi belum membuat persediaan untuk mengacarakan rancangan tersebut. - mynewshub

Selamat Berangkat Ke Mekah Buat Aaron Dan Isterinya…

Thursday, 12 April 2012


Gara-gara Zed Zaidi meluahkan rasa ketidak puasan hatinya di account twitternya sebelum ini, Aaron Aziz sanggup berkongsi trofi yang dimenanginya dengan Zed Zaidi.

Bagi Aaron Aziz mempertikaikan kemenangannya kerana faktor kenegaraaan adalah satu pemikiran yang tidak matang, lagi-lagi datangnya dari seorang Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Tapi bagaimanapun kata Aaron Aziz setiap orang berhak memberikan komen sebegitu.

“Saya tak ada masalah dengan komen macam itu. Bagi saya, orang yang angkut sampah pun berhak komen sebegitu. Benda ini hanya buang masa dan memeningkan kepala saya saja. Saya tak rasa kecewa kerana saya hanya kecewa jika anak saya tak makan. Saya juga tak merajuk atau lari menangis di tepi kerana isu ini tak menjatuhkan saya langsung.”

“Lainlah kalau saya ditangkap sebab merompak dan sebagainya, itu baru menjatuhkan karier saya. Bagi saya, pendapat dia tak menjejaskan saya dalam apa aspek sekali pun. Saya tak rasa terjejas sebab memang dah lumrah dunia, tak semua akan suka kita,”

“Apa-apapun, saya dah menjangkakan isu ini akan berlaku. Tapi, kenapa tahun lepas saya menang Anugerah Skrin, tak timbul pun isu ini. Saya bukannya datang sebagai pendatang haram. Saya datang dari Singapura pun bukan semalam. Malah, saya ambil masa lama untuk berada di tahap sekarang. Jika saya tak menang pun, saya akan sentiasa terus menyokong industri tempatan. Saya tidak akan pernah putus asa dan akan terus berusaha keras untuk mendapatkan persaingan yang sihat.”

“Kita makin lama makin pandai bukan makin bodoh. Bukan senang nak mempengaruhi minda orang Melayu sebab orang Malaysia sekarang dah pandai berfikir. Saya tak ada masalah untuk berlakon dengan dia selepas ini. Saya faham dia masih muda dan tak matang lagi. Namun, kalau terus berperangai macam budak kecil, lebih baik main kat taman permainan atau tepi pantai. Malah, jika dia nak sangat trofi ini, saya tak kisah. Saya ada dua, jadi boleh kongsi,”

Aaron Aziz sanggup berkongsi trofi dengan Zed Zaidi untuk selesaikan kontroversi

Wednesday, 11 April 2012

Susulan kenyataan Zed Zaidi yang mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz di ABPBH2011 baru-baru ini, Dato’ Siti Nurhaliza turut sama memberikan pendapatnya mengenai isu ini. Ternyata Dato’ Siti tiada masalah langsung dengan kemenangan Aaron. Baginya, soal kerakyatan tak perlu jadi isu tambahan pula Anugerah ABPBH adalah berdasarkan undian daripada peminat.


Di bawah ialah kata-kata Siti Nurhaliza kepada wartawan Sinar Harian mengenai perkara ini:
Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan. Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat. Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal. Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri.
Ini sebenarnya satu jawapan yang sangat baik daripada Dato’ Siti Nurhaliza. Semoga Zed Zaidi membaca kata-kata Dato’ Siti dan berusaha untuk layak ke dalam Top 5 untuk ABPBH2012. Jadikan kejayaan Aaron Aziz sebagai pendorong bukannya sebagai alasan untuk jeles tak tentu pasal. Tak gitu? - Nara

Kerakyatan Tak Perlu Jadi Isu – Siti Nurhaliza

Monday, 9 April 2012

Siapa tidak kenal dengan pelakon berbakat besar yang didatangi dengan susuk tubuh mantap dan raut wajah yang menarik ini. Pelakon dari Singapura, Aaron Aziz yang memang dikenali ramai di Malaysia setelah menjadi Hero dalam beberapa filem dan drama top di Malaysia.

Lakonan Aaron Aziz semakin melonjak selepas menjadi watak utama dalam drama romantik, Nora Elena yang memberikan impak yang sangat besar dalam kariernya.Begitu juga dengan lakonannya sebagai Malik dalam filem KL Gangster yang kini sudah sampai ke sesi penggambaran untuk KL Gangster 2. Sama-sama kita nantikan.

BIODATA AARON AZIZ
Nama penuh : Aaron Mustapha AzizNama gelaran : Aaron AzizUmur : 35 tahunTarikh Lahir : 23 Februari 1976Tempat Lahir : Pasir Ris , SingapuraWarga negara: Singapura (mungkin mendapat kewarganegaraan Malaysia)Status: BerkahwinIsteri: DiyanaAnak: Danish dan DwiWebsite: www.aaronaziz.com

FILEM :KL Drift
KL Drift 2
Bohsia
Shh Dia Datang
Ombak Rindu
Pisau Cukur
Datin Ghairah
2 Alam
KL Gangster
Endless Days

DRAMA (MALAYSIA) :Suspek
Janji Diana 1,2 and 3
Permintaan Aisyah
Haryati II
Sumayyah
Emil Emilda
Bulan Bertemu Matahari
Sadiq and Co
Cinta Gila
Rahsia Hati
Kasih tercipta
Tangkal Besi
Akinabalu
Habil Dan Qabil

TELEMOVIES (MALAYSIA) :Dilemma Wanita
Cahaya Kasih
Malam 7 likur
Oh Ibu
Wira Malam
Hang Tuah
Hana Hani Strawberi
Santau
Cinta Lelong
30 Hari Mengenali Cinta
Singgahsana Cinta
Karma Salina
5 Disember
Lepaskan Aku Pergi

DRAMA (SINGAPORE):

Channel 5:A War Diary
Heartlanders 1
Heartlanders 2
Heartlanders 3
Heartlanders 4
Lightyears
Missing
Phua Chu Kang Sitcom Series
Living With Lydia Sitcom Series
My Sassy Neighbor Sitcom Series
Lft Adnan Life Story

Suria Channel:Cinta Q
Garisan Takdir
Jeritan Sepi 1
Jeritan Sepi 2
Penghujung Rindu
Cinta Bollywood 1
Cinta Bollywood 2
Fiesta Komedi 1

AWARDS :

LOREAL SPOKESPERSON 2008-2010ASTRO SPOKESPERSON 2008-2009CELCOM SPOKESPERSON 2008DRIVE M7 SPOKESPERSON 2011

Best Supporting Actor (KL Drift 2) – Anugerah Skrin

Nominated for Most popular Actor TV and Film(Malaysia) – ABPBH 09 and 10

Nominated for Most popular Actor (TV)(Malaysia) – ABPBH 07 and 08

Suria’s Most Popular Male ArtisteBest Performance in A Comedy RoleSuria’s Top 3 Most Popular ArtisteSuria’s Most Popular ArtisteBest Supporting Actor 2002

Cleo’s 50 Eligible BachelorManhunt Mr PersonalityManhunt Mr Charming

Biodata Aaron Aziz Terbaru

Friday, 6 April 2012

Terbukti sudah gossip panas yang dikecohkan dalam dunia internet baru-baru ini mengenai nama seseorang yang mirip dalam IC Singapore artis daripada seberang yang ligat beraksi dalam industri hiburan di Malaysia, yakni Aaron Aziz.
Bak kata pepatah “Sudah Terang Lagi Bersuluh” Nama  Aaron ialah Aaron Mustapha Bin Aziz.. Mat-Mat bagai tu propa sahaja.
Apalah punya informer yang berkongsi dengan kaki forum dan laman blog yang tidak mempunyai bukti yang kukuh tetapi hangat membincangkan isu ini sehingga menyebabkan  Aaron Aziz kita melenting juga dibuatnya.

Aaron Aziz Tunjuk IC Singapore Dalam Segmen SuriaFM

Monday, 2 April 2012

agaimana hendak tahu selebriti itu sudah terlalu popular? Kad pengenalan akan menjadi bahan perhatian para peminat dan juga bukan peminat.
Kes terbaru, Aaron Aziz yang kad pengenalan Singapura beliau telah menjadi bahan perhatian di forum hiburan terkenal, Cari dan reaksi yang di’berikan agak berbeza.
Menurut maklumat dalam gambar yang di’dakwa kad pengenalan Aaron Aziz, nama sebenar beliau adalah Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa dan ini sedikit sebanyak mencetuskan debat.
Ada antara mereka mempersoal tindakan Aaron Aziz menyembunyikan nama sebenar & tidak kurang juga yang menyokong tindakan pelakon hangat ini. Persoalan sebenar, adakah gambar kad pengenalan Aaron Aziz ini tulen atau fabrikasi?


Bandingkan kad pengenalan Singapura yang di’dakwa milik Aaron Aziz dengan kad pengenalan popular milik Batman Bin Suparman yang telah menjadi satu perhatian dunia tidak berapa lama dahulu. Hmm.
There are no posts related to Gambar: Kad Pengenalan Asal Singapura Milik Aaron Aziz Jadi Perhatian, Dedah Nama Sebenar.

Gambar: Kad Pengenalan Asal Singapura Milik Aaron Aziz Jadi Perhatian, Dedah Nama Sebenar

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com