Showing posts with label Hamil. Show all posts
Showing posts with label Hamil. Show all posts

Monday, 9 April 2012


PUTRAJAYA: Seorang lelaki ‘mata keranjang’ yang isterinya bakal melahirkan anak pada bila-bila masa ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana bersekedudukan dengan teman wanitanya yang hamil di Precint 9, di sini, kelmarin.
Teman wanita terbabit baru menamatkan pengajian di sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) dan bakal menerima ijazah dalam tempoh terdekat ini. Tembelang kakitangan awam lingkungan 30-an terbabit dipercayai bersekedudukan dengan ‘isteri luar nikah’ berusia awal 20-an itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jawi, menyerbu kediaman lelaki terbabit, selepas menerima aduan daripada penduduk yang curiga dengan kehadiran wanita mengandung di rumah terbabit.

Siasatan mendapati, lelaki sudah berumah tangga itu menghantar isterinya yang juga kakitangan kerajaan ke kampung kerana wanita berkenaan akan melahirkan anak pada bila-bila masa.

Kesempatan itu digunakan lelaki terbabit membawa kekasih gelap ke rumah dan menjalani kehidupan seperti suami isteri yang sah.

Sumber berkata, maklumat diperoleh mendapati lelaki terbabit sudah berumahtangga dan mempunyai seorang isteri dan anak. “Bagaimanapun, isteri lelaki itu yang sarat mengandung dan dihantar suaminya pulang ke kampung untuk bersalin di sana.

“Kami percaya kesempatan itu membuka ruang lelaki terbabit membawa kekasih gelap yang juga sedang mengandung hasil persetubuhan haram mereka untuk tinggal di rumah berkenaan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, penguat kuasa Jawi menyerbu rumah itu dan menahan pasangan terbabit yang mengaku bukan suami isteri.

Menurutnya, lelaki terbabit mengaku pasangannya sudah mengandung tujuh bulan, begitu juga isterinya yang bakal melahirkan anak bila-bila masa di kampung.

“Memang tidak ada individu lain di rumah itu dan pasangan terbabit seolah-olah hidup macam pasangan suami isteri.

“Lelaki terbabit memberi alasan dia kini dalam proses penceraian dengan isterinya walaupun pada waktu sama memiliki kekasih yang sudah mengandung.

“Malah, lelaki terbabit mendakwa hubungan dengan kekasihnya itu mendapat tentangan keluarga wanita berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, siasatan juga mendapati, gadis terbabit turut bertugas di sebuah jabatan kerajaan bakal menerima ijazah dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit bersekedudukan untuk tempoh agak lama sehingga menyebabkan kekasihnya mengandung. – hmetro

Isteri dan Kekasih Sama-Sama Hamil

Thursday, 5 April 2012

Alison Brierley, seorang wanita yang berprofesi sebagai seniman kerap menggunakan kulit dan bulu rubah, arnab, rusa, burung hantu hingga serigala menjadi barang-barang kreatif bernilai seni. Namun, wanita 42 tahun ini langsung berubah memakan berbagai jenis daging haiwan liar setelah kehamilannya. Hampir setiap hari ia memasukkan daging berbagai jenis haiwan liar yang dia peroleh di setiap sudut jalan dan sekitar tempat tinggalnya di Harrogate, North Yorkshire, Inggris sebagai menu harian. "Biasanya saya makan yang benar-benar sihat. Tapi, saat hamil saya sangat mendamba menyantap daging haiwan liar," jelas Brierley.

Menurutnya, rasa daging haiwan liar lebih bervariasi daripada daging yang umum dijual di supermarket. "Rasanya lebih menyenangkan dan saya menyukainya. Saya juga tidak perlu merasa bersalah memakannya kerana itu adalah hal yang semulajadi. "

Alison mengaku pernah memakan daging arnab rusa, merpati hingga burung hantu. Burung hantu adalah daging kesukaan yang paling sering dia makan.

"Saya ingin cuba rubah dan serigala, tapi mereka tidak pernah saya temukan dalam keadaan yang cukup baik walaupun saya pernah menggunakan mereka untuk karya seni saya." ujarnya.

Wanita ini bahkan kerap menjadi tukang masak pesta masakan jalanan bagi teman-temannya. "Mereka percaya saya tukang masak yang baik dan mereka menyukainya. Saya memperoleh daging segar dari teman-teman yang berburu haiwan saat pulang kerja atau berburu," tambahnya.

Brierley percaya, makan daging segar merupakan gaya hidup alternatif yang lebih sihat. "Salah satu alasan saya adalah meyakinkan masyarakat untuk melakukan gaya hidup sihat ketimbang hanya mengambil makanan dari rak supermarket," kata Alison.

Wanita Hamil ini Mengidam Makan Daging Burung Hantu, Rubah Dan Haiwan Liar Lainnya

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com