Showing posts with label Liyana Jasmay. Show all posts
Showing posts with label Liyana Jasmay. Show all posts

Sunday, 24 June 2012

Terkejut juga dengan laporan dari Utusan Malaysia semalam, dikatakan isteri kedua bapa Liyana Jasmay telah memfailkan permohonan cerai terhadap Jasmay Md. Shah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Ibu kedua Liyana Jasmay, Tengku Noraizah Sultan Abu Bakar telah memfailkan permohonan cerai mengikut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Negeri Selangor 2003.
Tidak dapat dipastikan apakah punca Tengku Noraizah memfailkan cerai, kedua-dua mereka hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam masing-masing. Dalam prosiding itu, mahkamah telah menetapkan sebutan semula kes pada 19 Julai ini.
Untuk pengetahuan, bapa Liyana Jasmay adalah Pengarah Urusan syarikat perkhidmatan penyajian makanan, Besta Corporation Sdn. Bhd.
Laporan asal oleh Utusan Malaysia

Ibu Tiri Liyana Jasmay Failkan Cerai

Sunday, 27 May 2012

Hati-hati kalau nak kasi hadia kat seseorang, khususnya kalau benda yang korang nak kasi tu membabitkan sesuatu yang "sensitif" seperti TUALA WANITA...

Kalau korang nak tahu, sorang lelaki dah kena tahan polis sebab hadiahkan TUALA WANITA kat Liyana Jasmay...heh! Kasi hadiah pun kena tangkap woooo..! Muahahahahaa...

Lelaki Hadiahkan Tuala Wanita Kepada Liyana Jasmay DitahanSeorang lelaki misteri yang merupakan peminat fanatik kepada selebriti cilik comel terkenal, Liyana Jasmay telah ditangkap oleh polis pada Khamis lalu kerana menggangu privasi pelakon tersebut.

Lelaki tersebut didapati berlegar-legar di hadapan rumah Liyana Jasmay termasuk membawa hadiah. Namun, yang menjengkelkan lagi apabila lelaki tersebut turut pernah memberi tuala wanita sebagai hadiah.

Menurut Liyana, ganguan ini bukanlah kali pertama tetapi sebaliknya kali keenam sejak November tahun lalu.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu sering membawa hadiah kepada Liyana seperti baju-T, kasut, minyak wangi, cakera padat termasuk tuala wanita.

Pihak polis telah memberkas lelaki tersebut di hadapan rumah Liyana sekitar jam 11.40 malam, kelmarin. Keluarga Liyana telah membuat laporan polis selepas melihat gelagat yang mencurigakan serta rasa terancam terhadap tindakan lelaki tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup. - Mynewshub.my

Panas!! Lelaki Hadiahkan Tuala Wanita Kepada Liyana Jasmay di Tahan Polis!

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com