Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Friday, 15 June 2012

Bagi aku Batman yang paling awesome masih lagi Michael Keaton. Dia yang paling hampir dengan versi Komik. Yes filem arahan Tim Burton sangat campy tetapi pada ketika itu mood dan setting filem Batman bersesuaian dengan komik. Then Schumacher messed the franchise dengan meletakkan lampu neon di Gotham City. Masa kecik-kecik dahulu benda yang paling bad ass selain Batman didalam filemnya ialah Batmobile. Don't lie! Every ten year old kid I know wanted a Batmobile. Kini setelah hampir 3 dekad filem dihasilkan kita dapat memiliki replika Batmobile. Ianya keluaran Hot Toys dan dibina pada skala 1:6. Batmobile ini akan dijual seawal Jun hadapan dengan harga saranan USD 630 sebuah. Sila kumpul duit sekarang!





Laporan asal Hot Toys

Replika Kereta Batman Kini Boleh Dimiliki (9 Gambar)

Terrafugia Transitional ialah kereta terbang komersil pertama dunia dan tempahan sudah mula dibuka. Tetapi tahukah anda ianya bukan kereta terbang pertama didunia? The honour of being the first kereta terbang ialah milik AEROCAR yang dihasilkan pada tahun 1954. Kereta terbang unik ini bakal dilelong dan harga bidaan pembukaan diletakan pdaa USD 1.3 Juta. Jika anda mahukan kenderaan one of a kind macam ini silalah beli.




Laporan asal Extravaganzi

Kereta Terbang Pertama Boleh Dimiliki Anda Sekarang (8 Gambar)

Monday, 11 June 2012

SAN FRANCISCO: Bagi mereka yang meminati keseronokan di jalan raya secara terbuka dan pada masa sama sukakan keselesaan menaiki kereta mewah, superbike unik ini mungkin menjadi penyelesaian yang tepat.
Motosikal elektrik yang dinamakan C-1 adalah gabungan kereta dan motosikal.

Ia dijangka mula digunakan di jalan raya hujung tahun depan.


Kenderaan ciptaan Lit Motors, syarikat automotif yang berpangkalan di San Francisco, motosikal dua penunggang yang bertutup sepenuhnya menggunakan sistem penstabilan gyroscopic bagi membolehkannya kekal tegak meskipun ketika tidak bergerak. Motosikal masa depan itu bukan saja membolehkan penunggangnya selesa dan mengelak basah akibat hujan, tetapi juga selamat kerana ia tidak akan terbalik apabila terbabit dalam pelanggaran.

Namun, harganya tidak murah - RM75,000 sebelum turun kepada kira-kira RM50,000 apabila pengeluaran meningkat.


Seorang jurucakap Lit Motors berkata, ramai orang telah berusaha mencipta sesuatu yang serupa dengan motosikal itu pada masa lalu tetapi tidak seorangpun yang berjaya.

Beliau berkata: “Belum ada kenderaan di jalan raya yang menggunakan sistem gyro pada masa ini. Ada cubaan sebelum ini tetapi tidak ada yang berjaya seperti kami.

“Bayangkan seorang kanak-kanak bermain gasing. Selagi ia berpusing, ia akan kekal tegak dengan sendirinya. Sama juga dengan kenderaan ini, selagi gyro itu berpusing, C-1 itu akan terus menegak.

“Motosikal kami hanyalah satu-satunya yang menegak dengan sendirinya. “Ini membolehkan pemasangan seluruh kelengkapan kereta seperti tempat duduk lekuk, stering, papan pemuka, kawalan cuaca, sistem bunyi, tali pinggang keledar dan beg udara.

“Ia adalah yang pertama seumpamanya. C-1 ialah kenderaan kelas baru, bukan kereta dan bukan motosikal.


“Kami gabungkan kecekapan, ketangkasan, bersaiz kecil dan keseronokan sebuah motosikal dengan kestabilan, kemudahan dan yang paling penting, keselamatan sebuah kereta.


“Peningkatan dari segi ketangkasan dan saiz yang lebih kecil berbanding sebuah kereta bermakna banyak kemalangan boleh dielakkan.


“Daripada memakai topi keledar, pemandu boleh memakai pakaian biasa. Dia akan sentiasa selamat.” Syarikat berkenaan merancang membawa C-1 mengelilingi dunia, bermula di California dan Amerika Utara, sebelum ke Eropah, Asia Timur, Australia, Asia Selatan, Amerika Selatan dan seterusnya.


“Kami menjangka ia akan mencetuskan revolusi dan mendapat sambutan hangat,” kata jurucakap berkenaan.


“Kami mencipta kenderaan bandar yang sempurna. Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia tidak akan menyumbangkan kepada pencemaran udara,” kata jurucakap itu. - Agensi.

Kenderaan kelas baru

Sunday, 8 April 2012

Dengan menggunakan teknologi Kinect, kedai pakaian TopShop di Eropah menyediakan sebuah display khusus yang berfungsi sebagai ruang ganti virtual. Dengan alat ini, pembeli boleh mengganti baju tanpa perlu membuka baju dan tanpa perlu keruang ganti.




Sebenarnya teknologi ini sudah digunakan pada game virtual seperti pada game di konsol x-box 360




 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com