Sunday 8 July 2012

X-files...Misteri yang masih belum dapat dirungkai!!!





Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan akal normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian supernatural. Artikel ini bukan dimaksud membahaskan kejadian aneh tersebut, tapi kejadian-kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai sekarang tak mampu dijelaskan sebab musababnya. Bahkan FBI juga telah angkat tangan atau ‘menyerah’ dan masuk dalam ‘X Files’.




Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :




1. Rumah Hantu The Amityville







Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.


Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam. Orang percaya apenulis sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.


Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan. Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main di kepalanya.


Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang. Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati.


Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini. Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.


Malah salah seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga menyeramkan dengan mata merah bersinar. Kathy menemui sebuah ruang kecil, anjing tidak mahu dekat ke sana. Ada apakah?


2. Misteri Kematian Mary Reeser







Ini kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak boleh dijelaskan oleh akal normal. Mary Reeser, lahir pada 1881, ditemui hampir seluruh badannya hangus dijilat api di rumahnya di Florida pada 1951.


Tapi anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya tidak dijilat api dan normal tanpa cacat sedikitpun. Ini tentu sangat mustahil. Lebih aneh lagi, seolah-olah api hanya mensasarkan tubuh Mary Reseer saja. Kerana bilik di sekitarnya tempat dia ditemui, sama sekali tidak terbakar. Padahal dianggarkan suhu api begitu tinggi sama dengan kremasi mayat, dan sepatutnya menyambar ke seluruh bilik bukan hanya tubuh wanita itu.


FBI telah datang untuk melakukan penyelidikan, forensik pun ikut ambil bahagian dalam siasatan itu, tapi tidak boleh memberi jawapan kenapa boleh terjadi demikian.


"Saya merasa sukar percaya hal ini. Tubuh manusia yang terbakar dengan suhu yang tinggi, boleh hanya tinggal kaki yang normal tak terbakar sedikitpun.


Apa sebenarnya yang terjadi pada malam 1 Julai 1951 itu? Ini sungguh suatu misteri. Seharusnya seluruh ruangan ini hangus terbakar. Ini adalah kejadian yang paling luar biasa yang pernah saya lihat.


Rambutnya pendek dengan wajah seperti orang ketakutan amat sangat. Saya merasa seperti tinggal di abad pertengahan, di mana orang ramai berbicara tentang sihir dan ilmu hitam, "ungkap Profesor Krogman dari University of Pennsylvania 's School of Medicine. Ia mengaku tak mampu menjelaskan misteri ini.


3. Misteri Jejak Syaitan Berkeliaran di Devon





The Devil 's Footprints adalah nama yang diberikan untuk sebuah fenomena yang aneh terjadi di Devon, Inggeris pada tarikh 8 Februari 1855. Setelah salji yang turun di malam hari, keesokannya muncul jejak-jejak kaki di salji berukuran 1.5 inc (4 cm) dan lebar 2.5 inc (6,35 cm).


Jejak-jejak itu bertebaran di seluruh kampung. Bukan hanya itu jejak-jejak itu juga ada di atas bumbung bahkan di dinding bangunan yang tinggi.


Penduduk kampung menjadi hairan, risau dan tak mengerti fenomena apa itu. Kerana tak jelas, orang pun mulai berfikir tentang makhluk aneh malah mungkin syaitan yang berkeliaran di kampung mereka. Itu sebabnya muncul istilah Devil 's Footprint.


4. Misteri Zana 'Manusia Purba'





Kejadian ganjil ini terjadi pada abad pertengahan, sekitar abad ke-18. Ochamchir, seorang pemburu di wilayah Georgia ketika itu masih berada dalam Kesatuan Soviet.


Pemburu ini menangkap seorang perempuan liar di mana lengan, kaki dan jari ditutupi rambut tebal. Perempuan aneh ini diberi nama Zana.


Memandangkan liarnya, untuk menenangkannya pada awalnya dia terpaksa dikurung selama bertahun-tahun dengan makanan yang dilemparkan kepadanya.


Setelah ia tenang, barulah Zana dibebaskan dan diajar mengerjakan perkara-perkara ringan. Seperti menggiling jagung, dll.


Uniknya, Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi lebih dari manusia biasa. Dia tahan pada cuaca sejuk luar biasa, namun dia tidak tahan pada udara panas dalam bilik.


Dia sangat suka makan buah anggur dan tanaman menjalar. Dia banyak minum dan boleh tidur berjam-jam. Yang anehnya, dia boleh mempunyai banyak anak dengan ayah yang berbeza-beza.


Tapi kebanyakan anak-anaknya mati kerana Zana memandikan mereka di sungai sejuk yang hampir beku. Penduduk kampung khuatir dengan sifat aneh Zana, dan mereka pun mengambil anak-anaknya menjauhi ibunya.


Anak-anak Zana tidak seperti ibunya, mereka membesar seperti manusia biasa dan mereka juga telah dijadikan anak angkat oleh beberapa penduduk kampung. Zana meninggal dunia di kampung itu tahun 1890 dan anak bongsunya meninggal 1954.


Kisah ini merupakan hasil pengkajian Professor Porchnev yang menemuramah orang-orang tua di kampung itu. Zana juga mempunyai banyak cucu. Mereka berkulit gelap.


Salah seorangnya adalah Shalikula, ia mempunyai gigi yang kuat sehingga ia dapat mengangkat sebuah kerusi dengan seorang lelaki duduk di atasnya.


Pengkajian tentang Zana menghasilkan dugaan bahawa wanita aneh itu merupakan bentuk evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi manusia moden.


5. Misteri Wanita Penyebar Gas





The Mad Gasser dari Mattoon adalah nama yang diberikan kepada orang berada di balik siri serangan gas yang terjadi di Botetourt County, Virginia, pada awal tahun 1930an, dan di Mattoon, Illinois, pada pertengahan tahun 1940-an.


Kejadian pertama berlaku di rumah Cal Huffman, di Haymakertown, Botetourt County, di mana terdapat tiga serangan dilaporkan selama satu malam.


Sekitar 10:00 pada 22 Disember 1933, Ibu Huffman melaporkan bau bau yang tidak biasa, dan dengan menyebabkan rasa mual. Bau yang mual dan kembali lagi sekitar 10:30, Cal Huffman kemudian menghubungi polis.


Ketiga serangan berlaku sekitar 1:00, pada masa itu serangan gas memenuhi seluruh rumah. Lapan ahli keluarga Huffman telah mati bersama-sama dengan Ashby Henderson, seorang tetamu yang juga tinggal di rumah itu.


Kemudian yang tercatat di Cloverdale insiden terjadi pada 24 Disember. Clarence Hall, isterinya, dan dua anak-anak mereka baru pulang dari gereja 9:00 Mereka pun lemas.


Polis menyiasat kawasan ini, menemui paku yang diambil dari belakang jendela, di mana bau gas sangat kuat. Diduga, lubang itu digunakan untuk memasukkan gas ke dalam rumah itu.


Kejadian ketiga pada 27 Disember, di mana penduduk Troutville, A. Kelly dan ibunya dilaporkan mengalami keadaan yang sama seperti tempat Huffman dan Hall.


Insiden keempat dan kelima terjadi pada 10 Januari, ketika Mrs Moore, seorang tetamu di rumah penduduk Haymakertown Homer Hylton melaporkan mendengar suara di luar, sebelum gas dimasukkan ke rumah mereka melalui tingkap yang rosak. Kedua-dua serangan malam yang dilaporkan dalam Troutville, di rumah Kinzie G.


Terdapat juga 10 tempat lain yang dilaporkan di Botetourt dan dalam 10 tahun kemudian, lebih dari 20 tempat baru dilaporkan di Mattoon.


Salah seorang saksi mengatakan, dia melihat pelaku penyebar gas itu adalah seperti seorang wanita bertubuh tinggi kurus, berpakaian seperti seorang lelaki namun tapak kakinya milik seorang perempuan.


6. Misteri Lampu Hantu di Bridgewater Triangle





Bridgewater Triangle merupakan wilayah sekitar 200 batu persegi (520 km2) di tenggara Massachusetts, Amerika Syarikat. Sejak masa penjajah, daerah itu dikenali sebagai kawasan yang mempunyai banyak misteri yang sukar dijelaskan.


Pelbagai laporan tentang daerah itu sempat dicatat di antaranya tentang fenomena Poltergeists dan orbs, bola api yang tiba tiba jatuh di sana dan juga fenomena hantu.


Berita yang beredar tentang nampaknya 'bigfoot', ular raksasa, burung raksasa, serta ditemui banyak sisa sisa binatang ternak, dll. Polis dan wartawan telah berusaha mengungkap kejadian-kejadian aneh di sana.


Kawasan itu menjadi sangat misteri dan tak didekati sehingga dipanggil Hockomock Swamp, yang bererti "jiwa dwell", atau penduduk tempatan menyebutnya sebagai "The Devil 's Swamp"


Salah satu fenomena yang terkenal terjadi di daerah itu adalah munculnya cahaya berkelap-kelip dari rawa-rawa di sekitar situ. Orang menyebut kelip kelip itu sebagai lampu hantu yang biasanya kelihatan di kawasan berawa.


Fenomena lampu hantu itu terus muncul di sekitar Bridgewater Triangle. Lampu aneh itu juga muncul setiap Januari di sekitar rel keretapi yang melintasi daerah itu.


7. The Clapham Wood Mystery





The Clapham Wood Mystery adalah nama yang diberikan berkaitan dengan peristiwa-peristiwa aneh yang terjadi di Clapham Wood, West Sussex, Inggeris.


Peristiwa-peristiwa itu merupakan laporan dari warga tempatan yang mengalami fenomena aneh itu. Misalnya, binatang kesayangan keluarga yang hilang secara tiba-tiba atau orang yang tiba-tiba meninggal tanpa sebab.


Sejak 1960 dilaporkan di kawasan itu sempat terlihat adanya benda terbang aneh (UFO?), Juga masyarakat yang tiba tiba merasa suatu yang aneh dan ghaib.


Jalur yang dilaporkan misteri adalah jalur ke dalam hutan. Dari hasil kajian diperoleh bahawa negeri itu mempunyai tahap radiasi tinggi. Laporan ini mengejutkan, kerana daerah tersebut merupakan kawasan batu kapur yang biasanya rendah radiasi.


Dalam foto, pada awalnya masih kelihatan pokok-pokok tinggi dan besar. Namun akibat 'tekanan' pokok-pokok itu mati. Kini sangat sukar mencari pokok pokok besar di sana.


Dilaporkan ada empat kematian misteri berhampiran hutan. Pertama Jun 1972 di mana seorang polis, Peter Goldsmith hilang semasa hiking di daerah itu. Mayatnya telah ditemui 6 bulan kemudian.


Kematian yang kedua adalah dari Leon Foster, mayat yang telah ditemui pada Ogos 1975, setelah 3 bulan hilang.


Yang ketiga adalah kematian dari Reverend Harry Neil Snelling, bekas wakil dari Clapham. Dia menghilang pada Oktober 1978 dan mayatnya tidak ditemui sehingga 3 tahun kemudian. Kejadian di Clapham ini hingga kini tidak dapat dijelaskan.


8. Misteri Rumah Hantu Summerwind



Summerwind Mansion, sebelumnya dikenali sebagai Lamont Mansion, merupakan gudang di pantai Barat Teluk Vilas di Lake County, North East Wisconsin. Daerah itu merupakan salah satu daerah yang paling keras di Wisconsin.


Keadaan gudang ini kini sepi dan terbiar. Keadaan ini berlaku kerana pernah berlaku kebakaran besar di daerah itu yang nyaris memusnahkan semua gudang di sana.


Summerwind pada awalnya dibina pada awal abad ke-20 untuk kegunaan para nelayan. Pada 1916 telah dibeli oleh Robert P. Lamont, yang bekerja sebagai arkitek di syarikat Tallmadge and Watson.


Kemudian dia mengubahsuai bangunan itu dan tinggal di sana. Namun sebelumnya ia sudah diperingatkan bahawa bangunan itu keras.


Tapi dia tidak percaya sehingga akhirnya dia sendiri bertemu dengan 'penunggu' rumah itu. Kejadian itu berlaku era 1930, Lamont melihat hantu di dapur rumahnya, membuat dia tergesa-gesa meninggalkan rumahnya itu.


Setelah pemergian Lamont, rumah itu dibiarkan kosong dan terbengkalai.


Tahun 1970-an, pasangan suami isteri, Arnold dan Ginger Hinshaw membeli rumah itu dan tinggal bersama empat anaknya. Sejak mula tinggal, keluarga ini kerap diganggu pelbagai kejadian aneh.


Hinshaws melaporkan sejumlah kejadian aneh, mulai dari bayangan yang bergerak dari bawah ke atas dengan suara perlahan dan berhenti ketika mereka masuk ke bilik, atau tingkap yang tiba-tiba terbuka sendiri. Mereka melaporkan beberapa kali melihat hantu wanita di sekitar ruang makan.


Mungkin kerana tidak tahan tekanan, dalam masa enam bulan selepas pindah ke Summerwind, Arnold jatuh sakit dan Ginger, isterinya, cuba bunuh diri.


Akhirnya Arnold masuk ke hospital, sedang Ginger pindah dengan orang tuanya di Granton, Wisconsin.


Pada bulan Jun 1988, Summerwind beberapa kali terkena petir yang menyebabkan munculnya api dan membakar rumah. Sehingga banyak bahagian bangunan itu rosak teruk.


Yang anehnya, petir menyambar berkali-kali, padahal di sekitarnya banyak pokok tinggi melebihi bangunan itu tapi sama sekali tidak disambar petir.


Pada masa ini bangunan itu tak wujud lagi hanya sisa tinggalan rumah yang tak dijaga.


9. Hopkinsville Goblins: Munculnya Makhluk Aneh Bercahaya





Kejadian Hopkinsville Goblins dikenali sebagai kawasan teraneh dalam sejarah benda-benda terbang yang pernah ada. Kejadian ini didokumenkan dengan baik. Kejadian ini berlaku berhampian bandar antara Kelly dan Hopkinsville, Kentucky, pada 21 Ogos 1955 malam hingga pagi.


Munculnya benda terbang aneh dalam tempoh yang lama, ada banyak saksi yang melihatnya. "Beberapa saksi mengatakan, benda-benda itu terbang terlihat beberapa jam, memanjang sepanjang malam hingga pagi.


Mereka melihat nampak makhluk-makhluk bercahaya yang tingginya tiga kaki. Saksi melihat lengannya mengeluarkan api yang ditembakkan ke atas.


Pada malam 21 Ogos, 1955, Billy Ray Taylor menjemput rakan-rakannya gi untuk makan malam. Ketika melihat ke atas, mereka melihat ada cahaya aneh di langit sebelah barat.


Kumpulan ini juga melihat makhluk terang tingginya setengah kaki berkepala besar, telinga lebar dan mata bercahaya. Tangannya mengeluarkan api.


Makhluk itu mendekati rumah Taylor sampai terletak 20 kaki. Orang-orang yang melihat mengambil kamera dan bersiap-siap menggunakannya. Namun makhluk itu kemudian melarikan diri ke arah kegelapan malam.


Setelah itu, semua ahli keluarga berulang kali melihat nampak makhluk itu yang sepertinya bergerak menuju rumah mereka. Ini memang cerita aneh. Untuk lebih jelas anda boleh membaca artikel lengkapnya di Wikipedia.


10. Manusia Kadal dari Scape Ore Swamp





Kejadian ini terjadi di kawasan berawa di daerah Lee Country, Carolina Selatan. Makhluk aneh yang digambarkan mempunyai tinggi 7 feed atau lebih dari 2 meter, berbadan tegap dengan kulit yang bersisik berwarna hijau muncul di sana.


Matanya menyeramkan sebesar limau glowing. Makhluk itu mempunyai tiga jari pada tangan dan kakinya. Orang menyebutnya makhluk cicak dari rawa.


Laporan pertama tentang kewujudan makhluk itu disampaikan oleh Christopher Davis, 17 tahun, penduduk tempatan. Ia mengatakan, makhluk yang ditemui pada masa membawa kenderaan melalui sempadan Scape Ore Swamp.


Kebetulan pada masa itu keretanya mengalami masalah sehingga ia terpaksa berhenti untuk dibaiki. Ketika kereta selesai dibaiki, dia mendengar suara di belakangnya.


Semasa berpaling, betapa terkejutnya dia melihat makhluk aneh sedang berjalan menuju dirinya. Davis mengaku, makhluk itu cuba menyerang keretanya, dengan melompat di atas bumbung kereta.


David berusaha lari. Sampai di rumah, di lihatnya kaca cermin keretanya telah hancur, kerosakan juga pada bumbung kereta.


Beberapa bulan yang sama, muncul laporan hampir sama dengan kejadian dialami David. Dilaporkan, makhluk itu mirip kadal raksasa berada di dekat rawa.


Sebahagian besar laporan mengatakan kejadiannya sekitar 3 batu atau 5 km dari Bishopville atau di sekitar dari rawa-rawa.


Dua bulan kejadian, beberapa polis melakukan siasatan dan ditemui jejak tapak kaki berukuran 14 inc panjangnya. Lalu polis menghantar laporan itu kepada FBI untuk siasatanlebih lanjut.


Namun analisa FBI menemui jalan buntu, hingga sekarang tak jelas, makhluk apakah yang berperawakan mirip cicak itu.

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com