Showing posts with label Arak. Show all posts
Showing posts with label Arak. Show all posts

Saturday, 19 May 2012

PETALING JAYA: Pelakon baru, Ika Nabila berkata dakwaan bahawa dia seorang peminum arak seperti dalam foto yang tersebar di internet merupakan satu fitnah semata-mata.
Ika menjelaskan air dalam gelas tersebut bukanlah minuman beralkohol sebaliknya ia adalah jus sparkling.
Ika yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) berkata, dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak seperti yang digambarkan pada foto berkenaan.
“Sebenarnya air dalam gelas tersebut adalah jus sparkling. Saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar kerana ia hanya dipaparkan dalam gambar profil mesej Blackberry (BBM) saya.
“Dan air itu bukanlah air arak seperti yang disangkakan. Malah, saya bersama Mimi Haris (penyanyi) ketika itu di sebuah pusat karaoke.
“Saya percaya ini perbuatan khianat individu yang tidak berpuas hati dengan saya,” jelasnya yang dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Ika berkata demikian ketika mengulas foto yang disebarkan oleh sebuah blog hiburan.
Dalam foto tersebut, Ika bersama rakan-rakannya termasuk Mimi Haris menghadiri sebuah parti sambil memegang gelas yang didakwa alkohol.
Tambah Ika, dia tahu walaupun telah memberikan penjelasan, masih ada orang yang akan percaya perkara yang tidak dilakukannya itu.
“Terpulanglah apa orang nak kata, yang penting saya telah membuat penjelasan dan tahu batas-batas sebagai seorang artis yang perlu dijaga.
“Saya tak tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok tentang saya.
“Bagaimanapun saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan peribadi kita,” tuturnya.
Pelakon yang sedang meningkat naik itu kini menjalani penggambaran drama ‘Apa Celop’ yang bakal disiarkan pada 20 Februari nanti di TV3.

IKA NABILA PERJELAS DAKWA MINUM ARAK

Thursday, 12 April 2012


Admin mendapat 1 email yang disertakan sekali sekeping gambar di mana dinyatakan di dalam gambar itu adalah remaja melayu, ape yang menarik perhatian admin adalah gadis tersebut yang bertudung tetapi menemani rakannya menyambut birthday dengan sebotol arak..

adakah ini realiti atau perbuatan sesetengah pihak untuk menjatuhkan imej remaja melayu?…

[GAMBAR] Remaja Melayu Sambut Harijadi Dengan Arak

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com