Showing posts with label Remaja. Show all posts
Showing posts with label Remaja. Show all posts

Thursday, 12 April 2012


Admin mendapat 1 email yang disertakan sekali sekeping gambar di mana dinyatakan di dalam gambar itu adalah remaja melayu, ape yang menarik perhatian admin adalah gadis tersebut yang bertudung tetapi menemani rakannya menyambut birthday dengan sebotol arak..

adakah ini realiti atau perbuatan sesetengah pihak untuk menjatuhkan imej remaja melayu?…

[GAMBAR] Remaja Melayu Sambut Harijadi Dengan Arak

Friday, 30 March 2012


SIBU: Seorang remaja di sini terbunuh selepas motosikalnya melanggar bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan paip di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, semalam.
 Mangsa yang maut berusia 20 tahun itu, dipercayai mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian yang difahamkan berlaku sekitar jam 10.10 pagi.

Kemalangan itu berlaku di salah satu selekoh kecil di jalan terbabit apabila mangsa dikatakan menuju ke arah Jalan Salim manakala lori terbabit difahamkan menuju ke Kanowit.
Motosikal yang ditunggang oleh mangsa difahamkan merempuh bahagian belakang lori terbabit sehingga menyebabkan mangsa terperosok ke dalam lori itu.

Paramedik yang bergegas ke tempat kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian selepas beberapa minit ketibaan ambulans di kawasan kemalangan.
Trak tunda yang kebetulan melalui tempat kejadian kemudian membantu mengangkat bahagian belakang lori untuk mengeluarkan motosikal dan mangsa.
Jabatan Bomba kemudian membantu mengeluarkan mayat mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.
Sehingga berita ini ditulis petang semalam, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan lagi dan kes masih dalam siasatan.

Remaja Maut Terperosok di Bawah Lori

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com