Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Monday, 18 June 2012

Siapa cakap Filem Antarabangsa takde buat kesilapan atau mistake? Bukan filem Malaysia jer yang buat silap, asyik-asyik nak kutuk filem Malaysia kan termasuk aku. Filem antarabangsa nie bermodalkan berjuta-juta dollar pun boleh silap, ini kan pula filem kita yang bermodalkan tak sampai suku pun dari modal filem antarabangsa. Tapi gambar di bawah nie akan menjelaskan antara filem telah membuat kesilapan yang boleh dikatakan agak nyata. Jom Rilekslah melayan gambar-gambar di bawah. ;)Opppssss… ada gambar yang agak 18 sx sikit… :bloody:
Banyak Lagi Gambar!
Mesti banyak lagi filem yang ada kesilapan tapi kita tak perasan… :aie:

(Gambar) 10 Kesilapan Filem Terbaik Antarabangsa

Saturday, 19 May 2012

'Istanbul Aku Datang' Semakin Hampir!

Buat mereka yang amat meminati pelakon cantik dan manis Lisa Surihani, inilah pilihan yang tepat untuk anda nanti-nantikan kemunculan aksi comel aktres itu.
Seperti sedia maklum, Lisa terlibat dalam pembikinan cerita Istanbul Aku Datang memandangkan perjalanan pengambaran filem itu sudah diwar-warkan kepada umum sejak tahun lepas lagi.
Terkini, Grand Brilliance dan Red Films mempersembahkan filem itu hasil arahan Bernard Chauly kepada umum dengan perkenalan trailer filem yang dilakukan di negara Istanbul.
Dibintangi oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat, ternyata filem romantik komedi itu mampu menambat hati kepada setiap peminat-peminat pelakon dalam filem itu.
Bakal ditayangkan tidak lama lagi, pastinya ia menjanjikan jalan cerita yang menarik dan manis buat penonton-penonton yang tidak sabar untuk menontonnya nanti.
Istanbul Aku Datang mengisahkan seorang gadis, Lisa yang terbang ke Istanbul untuk bertemu dengan kekasihnya, lakonan Tomok.
Selama berada tiga bulan di sana untuk mengikut kursus perndek di Kolej Tomok, Lisa telah mengatur beberapa rancangan supaya Tomok melamarnya untuk mereka mengikat tali pertunangan.
Tetapi, apakan daya, semua rancangan yang diatur oleh Lisa tidak menjadi. Apakah yang akan terjadi nanti? Apakah Lisa akan mengubah rancangannya serta-merta? Sama-sama kita tunggu sehingga filem ini dikeluarkan di pawagam! - mynewshub

‘Istanbul Aku Datang’ Semakin Hampir!

Adegan Hina Islam Dalam Jalan Kembali Bohsia 2?

PETALING JAYA – Skop Production menyanggah komen mengatakan filem terbitannya, Jalan Kembali Bohsia 2 menghina agama Islam apabila memaparkan watak Keting lakonan Sofi Jikan memaki serta menolak seorang imam sehingga terjatuh di depan sebuah masjid dalam filem itu.
Menurut Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, adegan watak Keting yang merupakan seorang mat rempit itu langsung tidak mengina Islam ataupun memaparkan adegan yang keterlaluan, sebaliknya ia bertujuan memberi keinsafan kepada para penonton filem ini.
“Bagi saya, memang wujud mat rempit yang berperangai keterlaluan seperti yang pernah dilalui dan diceritakan oleh kawan saya. Tetapi saya tidak paparkannya secara keterlaluan. Contohnya, dalam adegan filem ini watak Keting hanya sekadar meninggikan suara dan mencabar watak imam itu.
“Sedangkan pada mulanya, anak saya yang juga pengarah filem ini, Syamsul Yusof mahukan watak Keting digambarkan menendang imam itu tetapi saya tidak kasi kerana itu keterlaluan. Pada masa sama, dalam adegan itu turut disertakan bacaan surah al-Quran sebagai nasihat yang berkaitan.
“Apatah lagi, filem ini dihasilkan dengan menggabungkan elemen aksi, drama, komedi dan keislaman yang menyampaikan mesej-mesej yang baik kepada para penonton,” katanya pada sidang akhbar selepas pratonton filem itu di pawagam Cathay, Mutiara Damansara di sini semalam.
Selain Sofi Jikan, Jalan Kembali Bohsia 2 yang akan ditayangkan mulai 7 Jun ini di pawagam-pawagam seluruh negara merupakan sekuel daripada filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam turut dibintangi oleh Syamsul Yusof, Zizan Razak, Nabila Huda, Salina Saibi dan Sherina Redzuawan.
Sementara itu, pengarah Jalan Kembali Bohsia 2, Syamsul Yusof turut menjelaskan filem tersebut bukan sahaja tidak menghina agama Islam, malah ia sarat dengan elemen nasihat dan pengajaran yang menggunakan surah al-Quran bagi menguatkan lagi elemen Islamik di dalamnya.
“Ini adalah filem arahan saya yang ketujuh. Sepanjang mengarahkan filem ini adalah filem saya yang paling banyak menyelitkan elemen keislaman di sebaliknya. Dulu saya gunakan juga formula itu dalam filem Khurafat tetapi kali ini unsur keislaman itu saya selitkan lebih banyak lagi.
“Bukannya senang memaparkan kisah mat rempit dan bohsia dalam filem serta menyuntik elemen islamik di dalamnya. Itu cabaran saya dalam filem ini,” katanya yang juga pengarah Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam yang mengutip tiket RM4.5 juta sewaktu tayangannya pada tahun 2009. – mynewshub.my

Adegan Hina Islam Dalam Jalan Kembali Bohsia 2?

Wednesday, 4 April 2012


Sebuah filem dengan tema anti-Facebook ternyata malah popular di Facebook. Seperti apa?

Seperti yang dikutip dari Scotsman, filem berjudul "You Need to Get Off Facebook" itu telah menjadi salah satu sensasi internet terbaru, dengan majoriti orang melihatnya di Facebook.

Filem YouTube tersebut dibuat oleh seorang guru dari Skotland yang tinggal di Korea Selatan. Filem ini bercerita tentang bahaya menggunakan situs jejaring sosial. You Need to Get Off Facebook di YouTube sudah ditonton oleh lebih dari 2,5 juta kali.

You Need to Get Off Facebook yang berdurasi enam minit tersebut berisi pesan-pesan bertuliskan 'Anda tidak memiliki 852 teman, 'Orang-orang ini sedang melihat dan menilai foto anda'.

Ross Gardiner, 24 tahun, dari Ballachulish, yang membuat filem You Need to Get Off Facebook.

Filem You Need to Get Off Facebook ditayangkan dalam sebahagian acara dokumenteri BBC2 mengenai pendiri Facebook, Mark Zuckerberg. Ironisnya, ribuan orang memposting filem tersebut di profil Facebook mereka.

Gardiner mengakui bahawa dulu ia sangat ketagih dengan Facebook. Kini ia tidak lagi menggunakan Facebook.
Selain itu Gardiner juga sangat tersanjung atas besarnya respon dari filem tersebut. "Saya tidak habis fikir, mengapa responnya boleh sebesar itu," ungkapnya.

Berikut Film You Need to Get Off Facebook diambil dari youtube :


Filem anti Facebook yang popular di Facebook

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com