Showing posts with label Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Ngeri. Show all posts

Wednesday, 18 July 2012

Thailand gila kepada makanan manusia, daging manusia tidak sentiasa ada, mereka mempunyai bahagian badan di kedai roti untuk menakutkan-nakutkan. Bawah ini, anda akan melihat banyak bahagian badan yang membuatkan anda berasa sakit sebelum makan. Sesetengah orang seperti itu, mereka fikir ia adalah kreatif dan ia adalah seni.Kedai roti di Bangkok, Thailand membuat bahagian badan  yang  mengerikan, roti-roti terbentuk  seperti kepala, kaki dan tangan dari doh. Bayangkan makan roti MUKA atau jari kaki roti! Pembakar roti  berkata dia mendapat lebih daripada tempahan 100 orang sehari.

# 1




 # 2
 # 3
 # 4
 # 5


 # 6
 # 7


# 8
 # 9
 # 10
# 11
# 12
 # 13


(Video)Gila!!!: Makanan-Makanan Yang Mengerikan Dari Thailand ( 13 Photos)

Mencari nafkah memang wajib dan untuk saiz pekerja kelas bawah seperti pekerja pekerja keras kadang-kadang nyawa menjadi permainan yang amat mencabar. kemalangan ketika bekerja sering dialami para pekerja pembinaanbangunan, Jaminan keselamatan dalam bekerja kadang-kadang seringdiabaikan para pekerja. Lihat seperti ini contohnya, seorang pekerjapembinaan terjatuh dari atas dan jatuh ke bawah tapi tragisnya wajahpekerja ini tertancap tepat di besi rangka tiang yang menganga, dari kepalabahagian bawah tembus sampai kepala keluar dari mata.Aduh, tak sanggup nak melihatnya, dimana kita lahir , dimana kita mati itu menjadi rahsia illahi.




 




 


 


Ngeri!!!:Besi Tembus Dari Bawah Kepala Dan Keluar Di Mata Seorang Buruh Binaan (4 Gambar)

Friday, 13 July 2012

Setelah tuannya mati, untuk beberapa hari anjing ini tidak makan dan menjadi penjaga setia mayat tuannya. Dek kerana terlalu lapar dan bau mayat tuannya yang semakin membusuk… jalan pintas untuk perutnya yang tersangat lapar, muka tuannya yang dimakannya.

Anjing Makan Tuan

Sunday, 1 July 2012

Semasa persembahan silap mata yang melibatkan ilusi di mana ahli silap mata amatur memotong pembantunya dengan gergaji, pembantu tersekat dan tidak dapat melepaskan diri daripada kotak untuk berada ditempat selamat. Dia telah cuba untuk memberi isyarat kepada ahli silap mata tetapi kerana bunyi bising dari gergaji dan suasana keseluruhan di atas pentas, ahli silap mata tidak mendengar dan meneruskan aksi memotongnya.
Menurut sumber, pembantu yang disembelih adalah isteri ahli silap mata. Wa tak pasti sama ada video ini benar atau palsu. Lu tengok lu nilailah sendiri… jom layan videonya…

Sembelih Isteri Dengan Gergaji [video]

“Malang tidak berbau”. Tidak ada pembayang yang jelas mengatakan bahawa hari ini kita akan mendapat malang. Kadang-kadang, walau kita dah berhati-hati, tetapi kemalangan tetap menimpa. Yang berhati-hati pun kena apalagi yang sengaja mencari pasal. – Agent77
Inilah yang terjadi dengan seorang lelaki di India. Tindakan beliau mengeluarkan kepalanya di tingkap bas yang sedang bergerak, mengundang padah. Mungkin kerana tiupan angin membuat dia terlena seketika dan tak disangka-sangka bas yang dinaikinya berselisih rapat dengan sebuah lori dari arah bertentangan. Inilah akibatnya! Kebaboom…

Inilah padahnya keluarkan kepala masa bas sedang bergerak

Jangankan 12 inci, 2 inci pun dah tak tertahan sakitnya. Landing time dia salah dan pagar besi yang tembus sangat hampir kesaluran buang air besar beliau kerana gara2 dia mabuk.

12 Inci… Panjangnyer

Sunday, 24 June 2012

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. 
 Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? Wallahua’lam

P/s: Semoga dapat dijadikan iktibar kepada kita semua,, insyaAllah

Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat

Monday, 21 May 2012

VIDEO NGERI: Langkah Keselamatan Jika Berlaku Kemalangan/ Kerosakan, JANGAN JADI MACAM NI!

Ramai pengguna jalan raya yang panik bila terlibat dalam kemalangan.
Disebabkan kecuaian dan kealpaan, ramai yang tersilap langkah hingga menjadikan satu-satu situasi kecemasan itu menjadi semakin ‘haru-biru’ dan membahayakan pula pengguna jalan raya yang lain.
Lihatlah klip video di bawah, ia adalah AKIBATNYA sekiranya kita tidak berhati-hari dan mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya bila terlibat dalam kemalangan atau pun kenderaan kita mengalami kerosakan di jalan raya.

Berikut adalah panduan sekiranya anda mengalami saat-saat cemas semasa di jalan raya;
Melindungi tempat kejadian
* Sekiranya anda melihat kemalangan semasa memandu, pastikan kenderaan yang berlanggar itu dapat dilihat dengan jelas. Nyalakan lampu kecemasan dan juga lampu besar, dan pasangkan segi tiga amaran kecemasan sekiranya ada
* Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengelakkan kebakaran daripada berlaku dan juga mengelakkan kenderaan lain daripada melanggar kereta yang terlibat. Periksa sama ada kenderaan yang berlanggar itu bebas dari sebarang bahan-bahan bahaya.
* Perkara yang seterusnya adalah untuk menghentikan kenderaan yang terlibat daripada bergerak, (anda tidak sepatutnya menghampiri kenderaan yang terbakar kerana kereta itu mungkin boleh meletup secara tiba-tiba) sekiranya anda boleh melakukan perkara tersebut tanpa sebarang risiko. Matikan enjin kenderaan terlibat, (tinggalkan kunci di tempat asalnya dengan terkunci, jadi kenderaan boleh digerakkan apabila perlu).
* Pastikan kenderaan terlibat masih di dalam gear dan tarik brek tangan kenderaan tersebut. Sekiranya ini tidak boleh dilakukan, letakkan batu di bahagian tayar supaya kenderaan tidak bergerak. Sekiranya kenderaan itu terbalik, jangan cuba untuk membetulkan kedudukan kenderaan itu. Cuma pastikan yang ia tidak akan bergerak atau berguling lagi dengan meletakkan penahan.
Dapatkan bantuan dengan segera
* Hubungi servis kecemasan dengan segera (999) ataupun dapatkan bantuan orang lain untuk melakukan panggilan kecemasan.
* Tahan kenderaan yang lalu dan dapatkan bantuan orang lain untuk menghubungi 999.
* Pemanggil akan ditanya mengenai nombor pendaftaran kenderaan dan juga mangsa yang terlibat, tempat kejadian dan juga sama ada terdapat kebakaran ataupun sebarang bahaya yang lain.
* Adalah penting untuk menulis semua maklumat ini dan berikan mereka maklumat yang cukup. Contohnya seperti; kemalangan ini melibatkan sebuah kereta dan juga van, mempunyai 5 orang mangsa, 2 orang berada dalam keadaan tenat dan yang lain hanya mengalami kecederaan ringan. Lokasi adalah pada KM 16.5 lebuhraya Seremban . Kuala Lumpur ke bahagian selatan, berhampiran Nilai.
Akhir sekali pesanan dari Mynewshub.my…PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT!

VIDEO NGERI: Langkah Keselamatan Jika Berlaku Kemalangan/ Kerosakan, JANGAN JADI MACAM NI!

Friday, 11 May 2012

[AMARAN 18SG]
Macam ni la rupanya dipatuk ular berbisa, seram seyh tengok...




























[18+] Akibat Dipatuk Ular Berbisa

Monday, 9 April 2012

[AMARAN 18SG : Gambar tidak sesuai bagi mereka yang LEMAH SEMANGAT]







[Ngeri] Tragedi Ikan Pirana

Wednesday, 4 April 2012

Sungguh ngeri..






[Gambar] Kemalangan ngeri di gilis trak

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com