Showing posts with label Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Tempatan. Show all posts

Sunday, 24 June 2012

Assalamualaikum semua, semoga hari ni kita semoga diberkati oleh Allah SWT, insyaAllah.. hari ni admin nak berkongsi satu petikan video ceramah oleh Ustaz Ahmad Fauzan Yahya dalam satu wacana yang bertajuk Seminar Gerakan Terorisma, Takfir dan Jihad Dalam Islam.
 
Sebenarnya video ni dah lama tahun lepas agaknya tapi baru berkesempatan nak berkongsi.. dalam video ini, ustaz Ahmad Fauzan ada menekankan isu adab dan isu “bodo” yang selalu disebut oleh Ustaz Azhar Idrus dibuat contoh.. Apa yang Ustaz Fauzan tegur pasal isu “bodo” ni? mari kita lihat dulu video ni..


P/s: apa pendapat anda?

Ustaz Azhar Idrus Ditegur Oleh Ustaz Ahmad Fauzan Yahya?



TRAGEDI LANGGAR KERETA YANG BERLAKU DI LEMBAH KLANG...18 JUN 2012 * KISAH BENAR * SEBARKAN UNTUK KESELAMATAN KELUARGA DAN RAKAN KITA !

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."

Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

Disalin semula oleh RP dari forum carigold.com

TRAGEDI LANGGAR KERETA YANG BERLAKU DI LEMBAH KLANG...18 JUN 2012 * KISAH BENAR * SEBARKAN UNTUK KESELAMATAN KELUARGA DAN RAKAN KITA !

TUNGGU PELANGGAN... dua orang daripada wanita berkenaan menunggu kehadiran pelanggan sambil berbual kosong.
TUNGGU PELANGGAN... dua orang daripada wanita berkenaan menunggu kehadiran pelanggan sambil berbual kosong.
KUALA LUMPUR: Tiga berstatus janda, manakala seorang lagi mendakwa belum pernah berumah tangga. Penampilan seksi, manja dan gebu empat sekawan yang menginap di sebuah kondominium mewah berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2), Hulu Klang, dekat sini, menjadikan mereka kegilaan lelaki hidung belang.


Betapa tidak, empat wanita Indonesia berasal dari pelbagai wilayah republik itu bukan saja manis dan bijak bermain kata-kata, malah bersedia melayan tetamu di ‘kondo berahi’ mereka hingga ke ranjang, asalkan bersetuju membuat bayaran seperti dijanjikan.
Metro Ahad yang menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan wanita itu mendapati, mereka bergerak sendirian tanpa dikawal orang tengah atau bapa ayam, sekali gus menjadikan aktiviti itu sukar dibawa ke muka pengadilan.

Satu-satunya bukti mengaitkan kondominium mewah disewa wanita itu dengan maksiat ialah longgokan kondom dalam tong sampah di rumah berkenaan.



Yang menyedihkan, kebanyakan tetamu ke kondominium itu berusia pertengahan abad selain beberapa lagi berumur lingkungan 30-an dengan berjanggut dan berkaca mata. - hmetro

Tetamu silih berganti sehingga ke ranjang

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com