Sunday 24 June 2012

Tetamu silih berganti sehingga ke ranjang

TUNGGU PELANGGAN... dua orang daripada wanita berkenaan menunggu kehadiran pelanggan sambil berbual kosong.
TUNGGU PELANGGAN... dua orang daripada wanita berkenaan menunggu kehadiran pelanggan sambil berbual kosong.
KUALA LUMPUR: Tiga berstatus janda, manakala seorang lagi mendakwa belum pernah berumah tangga. Penampilan seksi, manja dan gebu empat sekawan yang menginap di sebuah kondominium mewah berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2), Hulu Klang, dekat sini, menjadikan mereka kegilaan lelaki hidung belang.


Betapa tidak, empat wanita Indonesia berasal dari pelbagai wilayah republik itu bukan saja manis dan bijak bermain kata-kata, malah bersedia melayan tetamu di ‘kondo berahi’ mereka hingga ke ranjang, asalkan bersetuju membuat bayaran seperti dijanjikan.
Metro Ahad yang menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan wanita itu mendapati, mereka bergerak sendirian tanpa dikawal orang tengah atau bapa ayam, sekali gus menjadikan aktiviti itu sukar dibawa ke muka pengadilan.

Satu-satunya bukti mengaitkan kondominium mewah disewa wanita itu dengan maksiat ialah longgokan kondom dalam tong sampah di rumah berkenaan.



Yang menyedihkan, kebanyakan tetamu ke kondominium itu berusia pertengahan abad selain beberapa lagi berumur lingkungan 30-an dengan berjanggut dan berkaca mata. - hmetro

About the Author

Anonymous

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Post a Comment

 
The Brightest Star © 2015 - Designed by Templateism.com